[PERPINDAHAN] ARSENAL CUBA DAPATKAN CLAUDIO YACOB

Arsenal telah membuat langkah awal untuk menandatangani midfielder, Claudio Yacob dari kelab Argentina, Racing dan mungkin mendapatkan pemain tengah itu secara percuma pada musim panas ini. Persoalan tentang kesediaan pemain telah dibuat pada hujung minggu lalu dengan pengurus The Gunners, Arsene Wenger dijangka berada di pasaran bagi pilihan yang murah untuk sokongan posisi midfielder.

Claudio Yacob, 24, tamat kontrak pada Jun ini dan kelab Buenos Aires itu akan sedia melepaskan kapten berpendapatan tinggi mereka dalam usaha merombak tangga gaji. Perbandingan dengan bekas midfielder Liverpool, Javier Mascherano tidak dapat dielakkan berdasarkan persamaan mereka dari segi pendekatan konfrontasi di posisi yang dikenali di Argentina selaku ‘peranan No.5’.

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply