[PERSAHABATAN] HARIMAU MALAYA BAHAM KELANTAN

Harimau Muda tidak berdepan masalah besar apabila mudah menundukan Kelantan 5-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam. Perlawanan yang bermula jam 8.45 malam disaksikan hampir 15,000 penonton. Skuad Red Warrior sedikit tempang tanpa beberapa tonggak yang menyertai skuad kebangsaan dan skuad Harimau Muda yang akan menentang skuad Olimpik Bahrain di Manama, ahad ini .

Jurulatih skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagopal tidak dapat menurunkan skuad terbaiknya ekoran masalah kecederaan serta beberapa pemain berada dalam skuad Harimau Muda kendalian Ong Kim Swee yang akan membuat perhitungan dalam kelayakan Olimpik 2012. Namun skuad campuran yang dibariskan jelas tidak mengecawakan Datuk K. Rajagopal yang mahu melihat tahap permainan mereka.

Gol pasukan kebangsaan diledakkan Asraruddin Putra Omar pada minit ke 36 sebelum Shahurain Abu Samah mengandakan jaringan pada minit ke-42. Dominasi berterusan oleh pasukan kebangsaan berterusan di separuh masa kedua menerusi S.Kunalan pada minit ke-65 dan Abdul Hadi Yahya pada minit ke-78 minit sebelum Izuan Solahudin menutup pesta gol Harimau Malaya pada minit ke-90.

Meskipun tanpa kelibat penyerang prolifik kebangsaan Safee Sali yang direhatkan, gandingan Norshahrul Idlan Talaha bersama Abdul Manaf Mamat serta Ashaari Samsudin di posisi sayap kiri manakala posisi sayap kanan diisi oleh Shahrunain Abu Samah jelas cukup aggresif mengasak kubu Red Warrior. Shakir Saari diberi peranan untuk melicinkan pergerakan bahagian tengah selain Safiq Rahim yang kembali memakai lilitan kapten.

Di bahagian pertahanan, Bunyamin Umar terpaksa bermain di posisi asing selaku bek kanan selain Subramaniam, Faizal Muhammad serta Asraruddin Omar Putra jarang diuji oleh jentera serangan Kelantan. Kelibat awang import Red Warrior seperti Muhammad Ghaddar, Danny Antwi dan Obinna Nwaneri gagal menepati kualiti mereka sebagai bintang import yang boleh mengkucar-kacirkan pertahanan negara.

Beberapa pemain dilihat masih memerlukan lebih banyak lagi masa dan pendedahan untuk mencapai keserasian terutama bagaimana untuk memerangkap kubu lawan dengan lebih berkesan menerusi bahagian tengah. Pada separuh masa kedua, Malaysia menguasai sepenuhnya perlawanan dan pemain-pemain gantian juga tidak mengecewakan untuk lebih mencengkam bahagian tengah dan pemain seperti Mohd Fauzan Dzulkifli menunjukkan potensi yang dimilikinya serta kemasukkan G. Mahathevan di selaku pertahanan tengah mampu membaca permainan dengan baik selain ketenangan yang mengekang asakan penyerang lawan.

Rujukan : www.arena.my

This entry was posted in Perlawanan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply