[LUMBA BASIKAL] KENALI LE TOUR DE LANGKAWI

Le Tour de Langkawi (Jelajah Langkawi) adalah  kejohanan lumba basikal bertaraf dunia yang dianjurkan oleh Malaysia. Kejohanan ini juga bermatlamat untuk mempromosi tempat-tempat menarik di Malaysia menjadi sebahagian daripada acara pemanas badan bagi pelumba professional sebelum menyertai kejohanan lumba basikal utama di Eropah. Selain itu, keunikan budaya dan kepelbagaian kaum di Malaysia turut menjadi tumpuan para pelumba dan penonton-penonton luar negara.

Nama Langkawi diambil sempena tempat permulaan yang perlumbaan ini pada edisi-edisi awal terdahulu namun kebelakangan ini pulau lagenda itu seringkali diketepikan dari laluan kejohanan ekoran faktor kos logistik yang tinggi. Kejohanan berstatus 2.0 hors ini merupakan antara kejohanan berprestij di dunia dan sebahagian daripada UCI Asia Tour telah berjaya menarik ramai jagoan-jagoan dan pasukan bertaraf dunia.

Empat jersi menjadi rebutan iaitu jersi biru Proton untuk pelumba terbaik Asia, jersi kuning TM untuk pendahulu keseluruhan, jersi polka-dot Genting untuk Raja Bukit dan jersi biru Proton untuk Raja Pecut. Paolo Lanfranchi telah mencipta sejarah menjadi pelumba pertama yang memenangi perlumbaan keseluruhan sebanyak 2 kali. Mulai tahun 2012, juara keseluruhan turut mengakul Piala Cabaran LTdL. Piala ini berupa seperti Tugu Lang di Dataran Lang, Pulau Langkawi akan dijulang oleh pemenang keseluruhan pada peringkat terakhir perlawanan.

SEJARAH LE TOUR DE LANGKAWI

Kejohanan ini diilhamkan oleh mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama Wan Lokman Wan Ibrahim dan First Cartel berjaya menganjurkannya buat pertama kali pada tahun 1996 yang menjelajah negeri-negeri di Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak pada tahun 1997. Disebabkan perkhidmatan kargo yang kurang memuaskan sehingga menyebabkan proses pengangkutan kelengkapan tertunda agak lama sehingga memaksa pihak penganjur membatalkan perlumbaan peringkat berkenaan. Semenjak itu, Le Tour de Langkawi tidak lagi menjelajah ke Malaysia Timur.

Perlumbaan ini dikurangkan kepada 10 peringkat pada 2002 berbanding 12 peringkat pada edisi-edisi sebelumya atas permintaan UCI. Kejohanan ini turut diwarnai pelbagai insiden, misalnya 3 kali perlumbaan peringakt terpaksa dibatalkan kerana hujan lebat. Manakala pada pusingan pertama kejohanan pada tahun 2004, pihak polis terbuka laluan perlumbaan untuk kegunaan awam  meskipun perlumbaan masih berlangsung. Setelah berunding dengan pelumban dan pengurus pasukan, pegiraan mata tidak diambil kira pada perlumbaan peringkat tersebut. Jelajah ini kebiasaanya bakal diakhiri dengan acara kriterium 12 pusingan sekitar Dataran Merdeka.

Le Tour de Langkawi pada tahun 2005 bermula di Pulau Langkawi pada 28 Januari hingga 6 Februari 2005 merupakan lumba basikal keempat berprestij di dunia selepas Tour de France, Vuelta d’Espania dan Giro d’Italia. Ranking kejohanan ini juga telah dinaik taraf daripada 2.6 hors pada 1996 kepada 2.0 hors pada tahun 2005 oleh Kesatuan Basikal Dunia (UCI) dan diiktiraf sebagai kejohanan lumba basikal utama di Asia setaraf dengan kejohanan-kejohana lumba basikal di Eropah. Le Tour de Langkawi 2005 telah disertai oleh 140 pelumba dari 20 pasukan yang melalui 10 peringkat dengan jarak keseluruhan sejauh 1,282.6 km merentasi 9 buah negeri di Semenanjung Malaysia.

Manakala pada edisi 2008, perlumbaan ini telah dianjurakan bersama oleh Kementerian Belia dan Sukan dan Persekutuan Lumba Basikal Malaysia (MNCF) dengan kerjasama Union Cycliste Internationale (UCI) serta Pertubuhan Lumba Basikal Asia (ACC). Kejohanan ini telah bermula di Alor Setar pada 9 Februari 2008 dan berakhir di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 17 Februari 2008 manakal pendakian sukar telah ditukar daripada Genting Highland yang sangat mencabar kepada Bukit Frazer bagi memberi peluang buat pelumba tempatan bersaing dengan pelumba-pelumba handalan luar negara.

LTdL edisi ke-14 pada tahun 2009 pula terpaksa dipendekan kepada 7 peringkat sahaja ekoran masalah kekurangan dana dan penajaan yang berjumlah RM7.5 juta berbanding RM25.5 juta pada 2007 dan RM22 juta pada 2008. Perlumbaan ini telah mejelajahi kawasan sekitar Wilayah Persekutuan, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, dan Pahang yng disertai 120 pelumba handalan dunia mewakil 20 pasukan dari 35 negara. Keseluruhan jarak perlumbaan ialah 1,029.9 km bermula di Putrajaya dan berakhir di kriterium sekitar Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

KRISIS KEWANGAN LTdL

Pemilik LTdL, Wan Lokman Ibrahim telah menjual hak penganjuran kejohanan ini kepada Simon Donnellan (nama islam Imran Abdullah) pada tahun 2004 yang merupakan medan perlumbaan basikal yang diiktiraf sebagai yang ketiga terbesar di dunia, selepas Le Tour de France dan Giro de’ Italia. 147 pelumba basikal dari 21 pasukan melalui jarak kayuhan 1250.9 kilometer, merentasi negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Manakala tawaran hadiah wang tunai  bernilai RM1.6 juta.

Le Tour De Langkawi turut mengalami masalah kewangan sekali lagi apabila sebahagian pelumba tidak menerima wang ganjaran manakala kontraktor utama pula tidak menerima bayara. Menurut Donnella, kekurangan dana ini disebabkan oleh kehilangan dua penaja utama yang menarik diri ekoran bencana tsunami sebulan sebelum kejohanan berlangsung.

Perlumbaan ini nyaris dibatalkan pada tahun 2007 disebabkan First Cartel telah berhutang RM10.2 juta ekoran kegagalan melangsaikan wang hadiah perlumba edisi sebelumnya. First Cartel juga pada ketika turut berhutang RM2.3 juta untuk hak penyiaran televisyen dan RM470,394 lantaran gagal membayar wang hadiah kepada pemenang tahun 2006. Namun, pihak kerajaan telah membantu meringankan hutang tersebut agar perlumbaan ini dapat diteruskan.

Selain masalah kewangan, terdapat juga perebutan kuasa antara First Cartel dengan Persekutuan Lumba Basikal Kebangsaan Malaysia yang mencetuskan pelbagai reaksi kurang menyenangkan yang disiarkan oleh media. Namun hasil campur tangan pihak kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berjaya menyelesaikan konflik ini dan menyeru agar kedua pihak bekerjasama agar perlumbaan dapat diteruskan pada masa-masa akan datang.

Incoming search terms:

  • le tour de langkawi history
  • LUMBA BASIKAL LANGKAWI
  • Bilakah perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi yang pertama
  • kejohanan lumba basikal Le Tour de Langkawi
  • maksud jersi la vuelta
This entry was posted in Lumba Basikal and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply