[LUMBA BASIKAL] LTdL 2012 – PERINGKAT 4 (MUAR – BATU PAHAT)

Andrea Guardi melakar kejayaan hatrik apabila memenangi perlumbaan peringkat keempat LTdL 2012 dari Batu Pahat ke Muar, Johor sejauh 169.4 km dengan catatan masa 3 jam 57 minit dan 11 saat. Pelumba pasukan Farnese Vini-Selle Italia itu melakukan henjutan bertenaga 300 meter menuju ke garisan penamat sekaligus mengatasi pelumba United Healtcare, Jacobe Keough di tempat kedua manakala pelumba Terengganu Cycling Team, Mohd Harrif Salleh berjaya menaiki podium buat kali pertama di LTdL apabila menduduki tempat ketiga.

Nasib malang menimpa pelumba sensasi negara yang mewakili pasukan Champion System, Anuar Manan setelah tayar basikalnya pancit 2 kali sekaligus gagal unuk mengejar kedudukan Guardini selaku pemilik jersi biru ‘Raja Pecut’ apabila sekadar menduduki kedudukan ke-7.

“Hari ini (semalam) saya agak keletihan kerana terpaksa mengejar peloton hadapan sebanyak dua kali kerana tayar basikal pancit. Situasi ini memaksa saya menggunakan sepenuh tenaga yang ada untuk kembali ke peloton hadapan dan walaupun dapat juga mengejar mereka di saat-saat akhir, namun semuanya sudah terlambat. Guardini bukan calang-calang pelumba. Dia seorang pelumba yang memiliki kayuhan pantas dan juga seorang yang bijak. Amat sukar untuk mengalahkannya,” jelas Anuar semalam.

Empat pelumba berjaya melakukan ‘breakeaway’ pada kilometer ke-20 iaitu Rhys Pollock dari (Drapac Cycling), Shinichi Fukushima (Terengganu Cycling Team), Kevin Reza (Team Europcar) dan Louis Crosby (New Zealand). Namun peloton berjaya mengejar ketika perlumbaan berbaki 500 meter.

David Zabriskie sekali lagi berjaya mengekalkan jersi kuning selaku pendahulu keseluruhan manakala jersi merah Raja Bukit milik Floris Goesinnen dari pasukan Drapac Cycling dan pelumba terbaik Asia kekal milik Dmitriy Gruzdev dari Pro Astana.

Peringkat kelima melibatkan laluan sejauh sejauh 190 kilometer yang melibatkan tiga zon pecutan (Tampin – km31.3, Chembong – km54.8 dan Senawang – km75.7) serta tiga zon pendakian (Bukit Tangga – km85.3, Genting Perez – km148.8, Bukit Tinjau – km180.2).

KEPUTUSAN PENUH PERINGKAT KE-4 – MUAR KE BATU PAHAT (187.6 km)

10 Pemenang Peringkat ke-4 :

 1-Andrea Guardini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia 3 jam 57 minit 11 saat

2-Jacobe Keough (USA) United Healthcare 3:57:11s

3-Mohd Hariff Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team 3:57:11s

4-Yohan Gene (FRA) Europcar Team 3:57:11s

5-Valentin Iglinskiy (KAZ) Astana Pro Team 3:57:11s

6-Sonny Colbrelli (MAS) Colnago CSF Inox 3:57:11s

7-Anuar Manan (MAS) Champion System 3:57:11s

8-Kevin Reza (FRA) Europcar Team 3:57:11s

9-Jani Tewelde (ERI) MTN Qhubeka 3:57:11s

10- Hossien Nateghi (IRI) Tabriz Petrochemical Team 3:57:11s
———————————————————————————————

11-Mohd Nor Rizuan Zainal (MAS) Malaysia National Team 3:57:11s

19-Suhardi Hassan (MAS) Malaysia National Team 3:57:11s

33- Mohd Zamri Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team 3:57:11s

45-Mohd Fauzan Ahmad Lutfi (MAS) Malaysia National Team 3:57:11s

Tiga Pelumba Terbaik Keseluruhan (Jersi Kuning):

1- David Zabrieskie (USA) Garmin Barracuda 12:27:15s

2- Adam Phelan (AUS) Drapac Cycling 12:28:15s

3- Darren Lapthorne (AUS) Drapac Cycling 12:28:25s

Tiga Pelumba Terbaik Asia (Jersi Putih):

1-Dmitriy Gruzdev (KAZ) Astana Pro Team 12:28:48s

2-Alexandr Dyachenko (KAZ) Astana Pro Team +06s

3- Khalili Khosroshahi Behnam (IRI) Tabriz Petrochemical Team +13s

Tiga Pelumba Pecut Terbaik (Jersi Biru):

1-Andrea Guardini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia – 45 mata

2- Jacobe Keough (USA) United Healthcare – 38 mata

3-Anuar Manan (MAS) Champion System – 35 mata

Tiga Pelumba Pendakian Terbaik (Jersi Merah):

1-Floriss Gossinnen (NED) Drapac Cycling – 8 mata

2-Matteo Rabottini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia – 4 mata

3-Loh Sea Keong (MAS) OCBC Singapore – 4 mata

Pasukan Terbaik Keseluruhan:

1-Garmin Barracuda 37:24:41s

2-Drapac Cycling +1:10s

3-Astana Pro Team +2:44s

Pasukan Terbaik Keseluruhan Asia:

1-Astana Pro Team 37:27:35s

2-Tabriz Petrochemical Team +32s

3-MAX Success Sports +3:10s

This entry was posted in Lumba Basikal and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply