[LUMBA BASIKAL] LTdL 2012 – PERINGKAT 3 (MELAKA – PARIT SULONG)

Cuaca panas terik di sepanjang dari Bandaraya Melaka ke Parit Sulong, Johor sejauh 187.6 kilometer yang merupakan laluan ke-3 terpanjang dalam perlumbaan LTdL 2012 tidak menghalang pelumba Itali, Andrea Guardini dari pasukan Farnese Vini-Selle Italia memenangi perlumbaan peringkat ketiga Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 hari ini.

Pelumba berusia 22 tahun ini berjaya mengekalkan jersi biru Proton selaku ‘Raja Pecut’ dan  memenangi peringkat ketiga dengan masa 4 jam 30 minit dan 11 saat. Tempat kedua milik pelumba Garmin Barracuda, Raymond Kreder sementara pelumba negara, Anuar Manan yang mewakili Champion System di tempat ketiga.

“Dengan tinggal 10 km lagi, pelumba pasukan Colnago CSF Inox cuba menyukarkan perlumbaan. Mereka cuba mendahuli saya tetapi pasukan saya telah membantu saya untuk berada di depan. Pasukan saya sekali lagi beraksi cemerlang hari ini seperti yang saya mahu,” kata Guardini.

Dengan keputusan hari ini, Anuar akan menjadi pencabar terdekat untuk menyarung jersi biru selepas mengumpul 26 mata, empat mata di belakang Guardini. Namun, pelumbaan ini turut dicemari dengan kemalangan membabitkan 8 pelumba ketika perlumbaan berbaki 3 kilometer untuk menuju ke garisan penamat. Antara pelumba yang terbabit ialah Tom Danielson (Garmin Barracuda) dan pelumba Malaysia, Mohd Harrif Salleh (Terengganu Cycling Team) dan mereka menerima catatan masa yang sama seperti pemenang oleh Komisar pelumbaan.

Selepas tiga peringkat perlumbaan, pelumba Amerika Syarikat, David Zabriskie mengekalkan jersi kuning selepas mengumpul masa 8:30:04s sementara pelumba pasukan Drapac Cycling, Floris Goesinnen dari Belanda mengekal jersi merah (acara bukit) dengan lapan mata. Pelumba pasukan Astana Pro Team, Dmitriy Gruzdev mengekalkan jersi putih sebagai pelumba terbaik Asia selepas tiga peringkat dengan mengumpul masa 25:36:02s. Bagi pasukan terbaik keseluruhan, pasukan Garmin Barracuda mendahului dengan catatan masa 25:33:08s.

Peringkat keempat esok akan melalui laluan sepanjang 169.4 kilometer dari Batu Pahat ke Muar dengan terdapat tiga zon pecut di Simpang Rengam -km64.1, Air Hitam – km84.5 dan Batu Pahat – km115.5.

KEPUTUSAN PENUH PERINGKAT KETIGA – MELAKA KE PARIT SULONG (187.6 km)

10 Pemenang Peringkat ke-3 :

1-Andrea Guardini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia 4 jam 30 minit 11 saat

2- Raymond Kreder (NED) Garmin Barracuda 4:30:11s

3- Anuar Manan (MAS) Champion System 4:30:11s

4- Sonny Colbrelli (ITA) Colnago CSF Inox 4:30:11s

5- Valentin Iglinskiy (KAZ) Astana Pro Team 4:30:11s

6- Raymond Kreder (NED) Garmin Barracuda 4:30:11s

7-Hossein Nateghi (IRI) Tabriz Petrochemical Team 4:30:11s

8-Roman van Uden (NZL) New Zealand National Team 4:30:11s

9- Ramin Maleki Mizan (IRI) Tabriz Petrochemical Team 4:30:11s

10- James Williamson (NZL) New Zealand National Team 4:30:11s
———————————————————————————–

15- Mohd Zamri Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team 4:30:11s

16-Suhardi Hassan (MAS) Malaysia National Team 4:30:11s

20-Adiq Hussainie Othman (MAS) Champion System 4:30:11s

21-Mohd Nor Rizuan Zainal (MAS) Malaysia National Team 4:30:11s

Tiga Pelumba Terbaik Keseluruhan (Jersi Kuning):

1- David Zabrieskie (USA) Garmin Barracuda 8:30:04s

2- Adam Phelan (AUS) Drapac Cycling 8:31:04s

3- Darren Lapthorne (AUS) Drapac Cycling 8:31:14

Tiga Pelumba Terbaik Asia (Jersi Putih):

1-Dmitriy Gruzdev (KAZ) Astana Pro Team 8:31:37

2-Alexandr Dyachenko (KAZ) Astana Pro Team +06s

3- Khalili Khosroshahi Behnam (IRI) Tabriz Petrochemical Team +13s

Tiga Pelumba Pecut Terbaik (Jersi Biru):

1-Andrea Guardini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia – 30 mata

2-Anuar Manan (MAS) Champion System – 26 mata

3-Jacobe Keough (USA) United Healthcare – 25 mata

Tiga Pelumba Pendakian Terbaik (Jersi Merah):

1-Floriss Gossinnen (NED) Drapac Cycling – 8 mata

2-Matteo Rabottini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia – 4 mata

3-Loh Sea Keong (MAS) OCBC Singapore – 4 mata

Pasukan Terbaik Keseluruhan:

1-Garmin Barracuda 25:33:08s

2-Drapac Cycling +1:10s

3-Astana Pro Team +2:44s

Pasukan Terbaik Keseluruhan Asia:

1-Astana Pro Team 12:05:29s

2-Tabriz Petrochemical Team +0:32s

3-MAX Success Sports +3:10s

Incoming search terms:

  • ltdl
This entry was posted in Lumba Basikal and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply