[LUMBA BASIKAL] LTdL 2012 – PERINGKAT 2 (PUTRAJAYA – MELAKA)

Andrea Guardini dari pasukan Farnese Vini-Selle Italia melaungkan amaran awal apabila mengungguli saingan perlumbaan peringkat kedua LTdL 2012 sejauh 151 kilometer dari Putrajaya ke Bandaraya Melaka. Pelumba kelahiran Itali itu melakukan henjutan 100 meter menuju ke garisan penamat dengan catatan 3 jam 35 minit 19 saat sekaligus mengatasi pelumba United Healthcare, Jacobe Keough di tempat kedua sementara Christian Delle Stelle dari pasukan Colnago CSF Inox di tempat ketiga.

Guardini yang merupakan pemenang 5 peringkat dan juara Raja Pecut Le Tour De Langkawi 2011 nyata gembira dengan kejayaan pertamanya tahun ini meskipun berlumba dengan tangan dan kaki yang berbalut berikutan terbabit dengan kemalangan di Oman menyifatkan perlumbaan semalam sebagai satu permulaan yang baik selepas tidak bernasib baik pada tiga kejohanan lalu.

“Akhirnya saya berjaya juga mencatat kemenangan di Malaysia. Sudah lama saya tidak memenangi sebarang perlumbaan dan ini juga perlumbaan keempat saya tahun ini. Saya amat memerlukan kemenangan di Malaysia ini. Ia suatu pencapaian yang sangat melegakan,” kata Guardini pada sidang media semalam.

Kemenangan itu membolehkan Guardini menguasai jersi biru ‘Raja Pecut’ sekali gus menidakkan peluang pelumba tempatan Loh Sea Keong untuk bergelar raja pecut berikutan memiliki kelebihan sebagai juara peringkat biarpun tidak menguasai saingan di tiga zon pecut.

Jersi raja bukit pula dimiliki pelumba Drapac Cycling, Floris Goesinnen selepas menguasai zon pendakian Bukit Pelandok dan Linggi.  Sementara itu, tiada perubahan penyandang jersi kuning (pendahulu keseluruhan) dan jersi putih (terbaik Asia) milik David Zabriskie dari Garmin Barracuda dan jersi Asia, Dmitriy Gruzdev dari Astana dengan 4:01:26s.

Sementara itu, pelumba sensasi negara yang mewakili pasukan Champion System, Anuar Manan nyata kecewa kerana gagal untuk menyaingi Guardini apabila sekadar menduduki tempat keempat ekoran masalah komunikasi dengan rakan sepasukannya.

“Saya agak kecewa kerana tidak dapat memenangi perlumbaan peringkat hari ini. Saya terpaksa berkerja sendirian untuk berada hampir dengan Andrea (Guardini) ketika menuju ke garisan penamat.

“Saya sudah melakukan yang terbaik. Kalau kami dapat berkerjasama dengan baik mungkin akan dapat keputusan yang baik juga,” kata pelumba berusia 25 tahun dari Kuala Ibai, Terengganu itu, ketika ditemui selepas perlumbaan hari ini

Perlumbaan peringkat ketiga LTdL 2012 akan bermula dari Melaka ke Parit Sulong sejauh 187.6km melibatkan tiga zon pecutan iaitu (Tangkak – km51.9, Labis – km119.3 dan Chaah – km136.2km) serta satu zon pendakian, Bukit Belah – km176.7.

KEPUTUSAN PENUH PERINGKAT KEDUA – PUTRAJAYA KE MELAKA (151 km)

10 Pemenang Peringkat ke-2 :

1-Andrea Guardini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia 3 jam 35 minit 19 saat

2-Jacobe Keough (USA) United Healthcare 3:35:19s

3- Christian Delle Stelle (ITA) Colnago CSF Inox 3:35:19s

4- Anuar Manan (MAS) Champion System 3:35:19s

5-Raymond Kreder (NED) Garmin Barracuda 3:35:19s

6- Jani Tewelde (ERI) MTN Qhubeka 3:35:19s

7-Yohan Gene (FRA) Europcar Team 3:35:19s

8-Marco Canola (ITA) Colnago CSF Inox 3:35:19s

9-Valentin Iglinskiy (KAZ) Astana Pro Team 3:35:19s

10-Mohd Zamri Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team 3:35:19s
——————————————————————————-

16- Mohd Harrif Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team 3:35:19s

29-Mohd Shahrul Mat Amin (MAS) Terengganu Cycling Team 3:35:19s

36-Mohd Saufi Mat Senan (MAS) Terengganu Cycling Team 3:35:19s

57-Amir Mustafa Rusli (MAS) Malaysia National Team 3:35:19s

Tiga Pelumba Terbaik Keseluruhan (Jersi Kuning):

1- David Zabrieskie (USA) Garmin Barracuda 3:59:53s

2- Adam Phelan (AUS) Drapac Cycling 4:00:53s

3- Darren Lapthorne (AUS) Drapac Cycling 4:01:53

Tiga Pelumba Terbaik Asia (Jersi Putih):

1-Dmitriy Gruzdev (KAZ) Astana Pro Team 4:01:26

2-Alexandr Dyachenko (KAZ) Astana Pro Team +06s

3- Khalili Khosroshahi Behnam (IRI) Tabriz Petrochemical Team +13s

Tiga Pelumba Pecut Terbaik (Jersi Biru):

1-Andrea Guardini (ITA) Farnese Vini-Selle Italia – 15 mata

2-Loh Sea Keong (MAS) OCBC Singapore – 15 mata

3-Jacobe Keough (USA) United Healthcare – 14 mata

Tiga Pelumba Pendakian Terbaik (Jersi Merah):

1-Floriss Gossinnen (NED) Drapac Cycling – 8 mata

2-Loh Sea Keong (MAS) OCBC Singapore – 4 mata

3-Adiq Hussainie Othman (MAS) Champion System – 1 mata

Pasukan Terbaik Keseluruhan:

1-Garmin Barracuda 12:02:35s

2-Drapac Cycling +1:10s

3-Astana Pro Team +2:44s

Pasukan Terbaik Keseluruhan Asia:

1-Astana Pro Team 12:05:29s

2-Tabriz Petrochemical Team +32s

3-MAX Success Sports +3:10s

This entry was posted in Lumba Basikal and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply