[LUMBA BASIKAL] LTdL 2012 – PERINGKAT 1 (UJIAN MASA – PUTRAJAYA)

Kayuhan bertenaga yang dipamerkan David Zabriskie membolehkan pelumba dari pasukan Pro-Tour, Garmin Barracuda itu menaiki podium pada peringkat pertama perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2012 apabila memenangi perlumbaan ujian masa individu di Putrajaya, semalam. Kejayaan ini membolehkan Zabriskie memakai jersi kuning selaku pendahulu LTdL 2012.Dalam saingan sejauh 20.3 km itu, Zabriskie yang menbuat penampilan sulung di LTdL tahun ini berjaya mencatatkan masa terpantas dengan catatan 24 minit 34.18 saat untuk mengatasi dua pelumba dari pasukan Drapac Cycling, Adam Phelan yang mencatatkan 25 minit 34.48 saat dan Darren Lapthorne yang berada di tempat ketiga dengan catatan 25 minit 44.85 saat.

Pelumba kelahiran California, Amerika Syarikat ini pernah merangkul pingat perak pada Kejohanan Ujian Masa Dunia pada 2006 dan turut dikenali sebagai ‘Green Hornet’ kerana memiliki gelaran pakar ujian masa selepas menjuarai Kejohanan Ujian Masa Kebangsaan Amerika Syarikat selama enam kali. Zabrieski juga pernah menjuarai peringkat ujian masa di Giro d’Italia pada 2009.

“Saya gembira kerana dapat memenangi peringkat pertama perlumbaan ini. Saya anggap kemenangan ini sebagai pembakar semangat apabila saingan sebenar berlangsung di laluan lebuh raya esok (hari ini).”

“Saya agak teruja dengan laluan pada peringkat ini dan ia memang sangat mencabar, ditambah lagi dengan keadaan cuaca yang panas. Apa yang saya boleh buat ialah terus meningkatkan tahap keyakinan dan cuba berkayuh selaju yang boleh,” jelas Zabrieski pada sidang media selepas perlumbaan semalam.

Acara ujian masa individu LTdL kali terakhir diadakan pada edisi 2006 dengan dimenangi oleh pelumba Itali, Sergiy Matveyev dari pasukan Ceramica Panaria-Navigare. Dua bekas juara LTdL terdahulu, Thomas Danielson (Garmin Barracuda) dan Jose Rujano (Androni Giocattoli) masing-masing menduduki tempat keempat dan kelima manakala pelumba pasukan Pro Team Astana, Dmitriy Gruzdev dan Alexandr Dyachenko di tempat ketujuh dan kelapan.

Gruzdev juga muncul pelumba terbaik kategori Asia dan menyarung Jersi Putih pada perlumbaan peringkat kedua hari ini diikuti rakan sepasukannya Dyachenko di tempat kedua manakala pelumba Tbariz Petrochemical, Behnam Khalili di tempat ketiga. Seorang lagi pelumba Astana, Alexandre Vinokurov juga gagal menyerlah apabila menamatkan perlumbaan di tangga ke-40 dengan ketinggalan 2:38s, namun dia diramal bangkit mempamer kemampuan sebenarnya pada peringkat kedua hari ini.

Sementara itu, tiada pelumba dari Malaysia berjaya menempatkan diri dalam kedudukan 20 pelumba terbaik pada perlumbaan semalam dimana hanya pelumba Champion System, Adiq Hussainie Othman muncul pelumba terbaik dengan menduduki tempat ke-41 di belakang Vinokurov.

Perlumbaan peringkat kedua LTdL 2012 akan bermula di laluan lebuh raya dari Putrajaya ke Bandaraya Melaka sejauh 151km melibatkan tiga zon pecutan (Salak Tinggi, – km22.5, Port Dickson – km62.6, Masjid Tanah – km116.2) dan dua zon pendakian (Bukit Pelandok  – km38.2 dan Linggi – km67.1).

KEPUTUSAN PENUH PERINGKAT PERTAMA – UJIAN MASA-PUTRAJAYA (20.3 km)

10 Pemenang Peringkat Pertama :

1- David Zabrieskie (USA) Garmin Barracuda – 24 minit 34 saat

2- Adam Phelan (AUS) Drapac Cycling – 25:34s

3- Darren Lapthorne (AUS) Drapac Cycling – 25:44s

4-Thomas Danielson (USA) Garmin Barracuda – 25:51s

5-Jose Rujano (VEN) Androni Giocattoli – 26:00s

6-Joseph Cooper (NZL) New Zealand National Team – 26:05s

7-Dmitriy Gruzdev (KAZ) Astana Pro Team – 26:07s

8-Alexandr Dyachenko (KAZ) Astana Pro Team – 26:13s

9- Nathan Haas (AUS) Garmin Barracuda – 26:13s

10- Khalili Khosroshahi Behnam (IRI) Tabriz Petrochemical Team – 26:20s

—————————————————————————————–

41-Adiq Hussainie Othman (MAS) Champion System – 27:17s

63- Mohd Zamri Salleh (MAS) Terengganu Cycling Team – 27:49s

70-Mohd Fauzan Ahmad Lutfi (MAS) Malaysia National Team – 27:58s

99-Anuar Manan (MAS) Champion System – 28:46:42s

Tiga Pelumba Terbaik Keseluruhan (Jersi Kuning)

1- David Zabrieskie (USA) Garmin Barracuda – 24:34s

2- Adam Phelan (AUS) Drapac Cycling – 25:34s

3- Darren Lapthorne (AUS) Drapac Cycling – 25:44s

Tiga Pelumba Terbaik Asia (Jersi Putih):

1-Dmitriy Gruzdev (KAZ) Astana Pro Team – 26:07s

2-Alexandr Dyachenko (KAZ) Astana Pro Team – 26:13s

3- Khalili Khosroshahi Behnam (IRI) Tabriz Petrochemical Team – 26:20s

Pasukan Terbaik Keseluruhan:

1- Garmin Barracuda – 1:16:38s

2- Drapac Cycling – 1:17:48s

3- Androni Giocattoli – 1:19:22s

————————————————————-
19- Terengganu Cycling Team – 1:24:00s

20- Malaysia National Team – 1:25:02s

Pasukan Terbaik Keseluruhan Asia:

1- Astana Pro Team – 1:19:32s

2-Tabriz Petrochemical Team – 1:20:04s

3- MAX Success Sports – 1:22:42s

——————————————————
7-Terengganu Cycling Team – 1:24:00s

8-Malaysia National Team – 1:25:02s

This entry was posted in Lumba Basikal and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply