[KECEDERAAN] MERTESACKER DIKETEPIKAN HINGGA HUJUNG MUSIM INI

Pertahanan Arsenal, Per Mertesacker telah menjalani pembedahan buku lali dan bakal berehat panjang hingga ke penghujung musim ini. Kecederaan ini diterimanya ketika Arsenal menewaskan 2-1 Sunderland hujung minggu lalu. Pemain skuad kebangsaan Jerman yang dibawa dari Werder Bremen dengan yuran perpindahan bernilai £8 juta itu terkehel buku lali semasa mengejar bola yang membuka ruang buat McClean menjaringkan gol pendahuluan buat Sunderland.

“Dia sudah menjalani pembedahan dan kami bakal kehilanganya untuk suatu tempoh yang lama. Malangnya, saya tidak tahu berapa lama dia akan diketepikan,” kata Wenger dalam laman web rasmi Arsenal.

“Dia akan menjalani proses pemulihan ligament, ia akan mengambil masa yang lama.”

Kem Arsenal menerima berita gembira apabila kecederaan lutut yang dialami oleh seorang lagi pertahanan tengah, Laurent Koscielny semasa pertemuan menentang Milan tidak serius dan dijangka kembali dalam pertemuan menentang Spurs minggu hadapan. Sementara itu, bek kanan Arsenal Carl Jenkinson pula akan menjalani latihan penuh Isnin ini setelah berehat panjang hampir 3 bulan.

This entry was posted in Kecederaan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply