[PERSPEKTIF] KAMI SEDANG MEMBAYAR BALIK HUTANG PEMBINAAN STADIUM – WENGER

Arsène Wenger menjelaskan mengenai komennya bahawa dia perlu menjana wang setiap musim panas dengan menegaskan keperluan Arsenal untuk membayar hutang pembinaan Stadium Emirates. Kenyataan Pengurus Arsenal ini dipetik daripada akhbar Belgium awal minggu lalu menyatakan bahawa amat penting bagi Arsenal untuk menjana keuntungan sekurang-kurangnya £15 juta kepada £20 juta setiap musim.

Kelab ini secara efektifnya beroperasi dengan kukuh, perniagaan yang mampan dan memiliki rizab tunai bagi pembelian pemain namun Wenger sedar tentang keperluan untuk terus mengurangkan kadar faedah hutang stadium.

“Saya terkejut yang anda terkejut,” kata Wenger semasa sidang media Jumaat lalu.

“Adakah anda fikir yang sasaran kelab untuk kehilangan wang? Yang tidak boleh berlangsung lama. Sasaran utama untuk menjana keuntungan. Ia adalah normal bagi mana-mana syarikat di dunia ini, jadi saya tidak faham mengapa ia menghairankan.”

“Kami mahu membayar hutang yang digunakan untuk pembinaan stadium bernilai sekitar £15 juta setahun. Jadi ia merupakan perkara biasa pada permulaan di mana kami perlu membuat keuntungan sekurang-kurangnya £15 juta ataupun akan kehilangan wang.”

Wenger menegaskan bahawa dia tidak berasa tersekat dalam pasaran perpindahan pemain disebabkan situasi kewangan kelab.

“Saya menerima satu prinsip asas bagi setiap syarikat bahawa anda boleh menghabiskan wang yang anda buat,” kata pengurus berbangsa Perancis itu.

“Ia kelihatan sesuatu yang mengejutkan anda di mana saya perlu menyakinkan anda semua. Saya rasa ia adalah suatu perasaan semulajadi  dan munasabah. Ia merupakan logik matematik bahawa jumlah yang keluar akan sama dengan jumlah yang masuk. Namun, jika ia tidak berfungsi maka syarikat akan kehilangan wang.”

Sumber : www.arsenal.com

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply