[INFO] ARSENE WENGER JURULATIH TERBAIK SEDEKAD (2001-2010)

Pengurus Arsenal berbangsa Perancis, Arséne Wenger telah dinamakan sebagai jurulatih terbaik dekad menurut undian yang dilakukan oleh Institut Sejarah dan Statistik Bola Sepak (IFFHS) – sebuah organisasi oleh FIFA. Arséne Wenger telah memperoleh 156 mata diikuti oleh pengurus Man United, Sir Alex Ferguson dengan 148 mata manakala pengurus Real Madrid, Jose Mourinho  pula berada di tempat ketiga dengan 135 mata.

Keputusan ini dibuat berdasarkan pemilihan jurulatih terbaik tahunan dimana setiap tahun sepanjang dekad lalu, IFFHS menyenaraikan 20 jurulatih terbaik dari pelbagai negara hasil undian daripada wakil professional dari seluruh dunia. Meskipun Wenger tidak pernah memenangi anugerah tahunan IFFHS namun secara keseluruhan beliau berada di antara kedudukan terbaik setiap tahun dan berjaya mengumpul mata terbanyak.

IFFHS – 20 JURULATIH TERBAIK (2001-2010)

1-Arséne Wenger – Perancis (156)

2-Sir Alex Ferguson – Scotland (148)

3-José Mourinho – Portugal (135)

4-Fabio Capello – Itali (120)

5-Guus Hiddink – Belanda (112)

6-Carlo Anceloti – Itali (108)

7-Luiz Felipe Scolari – Brazil (101)

7-Marcelo Bielsa –Argentina (101)

9-Rafael Bentez –Sepanyol (97)

10-Marcello Lippi – Itali (88)

11-Vicente del Bosque –Sepanyol (85)

12-Frank Rijkaard – Belanda (80)

13-Sven- Göran Eriksson – Sweeden (79)

14-Karel Brückner –Republik Czech (76)

15-Carlos Alberto Parreira – Brazil (65)

15-OtthmarHitzfeld –Jerman (65)

17-Carlos Caetano Bledorn Verri ‘Dunga’ – Brazil (62)

18-Otto Rehhagel – Jerman (61)

19-Joachim Löw – Jerman (58)

20-Carlos Bianchi – Argentina (53)

This entry was posted in Informasi and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply