[EPL] SIAN MASSEY – BILA SI JELITA MENJADI PEMBANTU PENGADIL

Ketika Arsenal gah membenam Blackburn 7-1 minggu lalu yang menyaksikan Robin van Persie meledak hatrik yang ketiga sepanjang kariernya bersama Arsenal manakala Oxlade-Chamberlain dan Theo Walcott turut  berjaya mencuri tumpuan peminat berdasarkan persembahan yang mantap sepanjang perlawanan. Namun, pembantu pengadil (penjaga garisan) wanita yang bertugas dalam perlawanan tersebut turut menarik perhatian lensa kamera.

Jarang sekali kita dapat menyaksikan seorang wanita beraksi di tepi padang selaku pembantu pengadil (penjaga garisan) terutama dalam perlawanan yang cukup mencabar. Namun wanita bernama Sian Massey ini tampil mengikut jejak langkah Amy Rayner dan Wendy Toms untuk membuktikan bahawa kaum Hawa juga mampu mengalas cabaran  serta menyerap tekanan mental dan fizikal dalam memberi mutu pengadilan yang terbaik terutama dalam perlawanan berprofil tinggi.

Sian Louise Masey merupakan seorang guru sekolah dilahirkan pada 22 Oktober 1985 dan menetap di Coventry, West Midlands. Dia berkhidmat selaku pengadil untuk perlawanan bola sepak wanita namun dia telah dinaik taraf untuk menjalankan tugas selaku pembantu pengadil dalam Liga Perdana Inggeris.

Pembantu pengadil berusia 27 tahun ini turut terlibat dalam perlawanan Piala Liga, Liga Juara-Juara Wanita UEFA dan kelayakan Piala Dunia Wanita FIFA 2010. Pada Mei 2009, Massey telah dilantik menjadi pengadil keempat semasa perlawanan akhir Piala FA Wanita di Stadium Derby County Pride Park yang menyaksikan Arsenal Ladies menewaskan Sunderland Ladies 2-1.

Manakala untuk perlawanan lelaki pula, dia menjadi pembantu pengadil buat pertama kali pada 29 Ogos 2009 semasa  Hereford United terikat 2-2 dengan Port Vale. Massey telah dipilih selaku pengadil bagi perlawanan akhir Piala FA Wanita yang menyaksikan Leeds Carbegie berjaya merangkul kejuaraan buat kali pertama sejak 1992 dengan menewaskan Everton 3-1 di Stadium Spotland Rochdale.

Sian Massey telah diiktiraf sebagai pengadil professional pada Mac 2010 dan menyertai Professional Game Match Officials Board (PGMOB) yang menyediakan pegawai-pegawai perlawanan untuk Liga Perdana Inggeris. Dia mula menjadi pembantu pengadil dalam Liga Perdana Inggeris pada 28 Disember 2010  yang  menyaksikan Blackpool berjaya menewaskan Sunderland 2-0 di Stadium Light.

Kerjayanya di peringkat antarabangsa pula bermula semasa menjadi pengadil keempat dalam pusingan kelayakan Piala Dunia Wanita 2007 semasa perlawanan England 4-0 menang ke atas Austria pada 20 April 2006 manakala pada September 2007 dia telah menjadi pembantu pengadil ketika England tewas 1-2 kepada Denmark. Beliau juga merupakan pembantu pengadil bagi pusingan kelayakan kejohanan EURO Wanita UEFA 2009. Meskipun pada usia yang masih muda, namun penglibatan Massey dalam mengendalikan perlawanan cukup membanggakan.

KONTROVERSI

Sian Massey menerima kritikan daripada pengulas tv Sky Sports, Andy Gray dan Richard Keys ketika menjadi penjaga garisan semasa perlawanan Liverpool vs Wolverhampton Wanderers pada Januari 2011 dimana dia membenarkan jaringan Fernando Torres pada minit ke-37 meskipun penyerang Liverpool itu berada dalam kedudukan offside.

Richard Keys telah mengeluarkan kenyataan yang mengkritik Sian Massey, “Lebih baik seseorang turun ke padang dan menjelaskan mengenai offside kepada dia (Sian Massey).”

Insiden ini telah mengakibatkan Richard Keys dan Andy Gray dipecat daripada Sky Sports sementara Andy Burton digantung untuk beberapa tempoh sebelum kembali bertugas.

This entry was posted in EPL and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply