[EPL-25] BLACK CATS TERKENA BEDILAN MERIAM

Arsenal cemas seketika sebelum bangkit menundukan Sunderland di gelanggang lawan semalam. Aksi sengit dan seimbang dengan The Gunners bersemangat untuk meneruskan misi memburu kemenangan untuk merampas kedudukan ke-4 Liga Perdana Inggeris manakala ‘Black Cats’ pula mahu melebarkan rekod tanpa kalah sejak dibimbing oleh Martin O’Neill pada 3 Disember 2011. Namun jaringan lewat Thierry Henry menghadiahkan 3 mata berharga buat Arsenal.

Arsenal menurunkan skuad yang sama ketika membelasah Blackburn Rovers minggu lalu. Aksi separuh masa pertama jelas seimbang dengan pemain pertahanan Sunderland berjaya mematahkan serangan serta larian berberbahaya dari bahagian sayap oleh Walcott dan Oxlade-Chamberlain manakala Robin van Persie dirantai rapi oleh O’Shea dan Turner. Mertescker pula nyaris menghadiahkan sepakan penalti kepada Sunderland apabila bola terkena tangannya tetapi pengadil meneruskan permainan.

Sekembalinya dari rehat Sunderland pula lebih banyak mendominasi perlawanan dengan kerap kali mengancam gawang Arsenal. Sunderland akhirnya berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-70 apabila McClean pantas merampas bola dari kaki Mertesacker yang terjatuh akibat kecederaan dan merembat kencang menewaskan penjaga gol Arsenal.

Aaron Ramsey dimasukkan mengantikan Per Mertesacker mengubah posisi  Alex Song ke posisi ‘center-back’. Namun ceria tuan rumah cuma seketika, Ramsey berjaya melepaskan satu rembatan dicelah-celah pertahanan Sunderland untuk gol penyamaan Arsenal pada minit ke-75. Tatkala kedua-dua pasukan dilihat bakal berkongsi mata, Arshvin yang masuk mengantikan Walcott berjaya melambungkan bola di hadapan pintu gol Sunderland dan kemudiannya disudahkan dengan kemas oleh Thierry Henry yang masuk mengantikan Oxlade-Chamberlain.

Keadaan padang Stadium Light yang agak teruk sedikit sebanyak menjejaskan tempo permainan. Namun, kehadiran tiga pemain gantian yang dimasukan oleh Arsene Wenger jelas berjaya memberikan gol kemenangan buat Arsenal. Aaron Ramsey dan Andriy Arshavin berjaya menutup seketika mulut-mulut pengkritik ekoran prestasi yang tidak konsisten yang dipamerkan oleh mereka kebelakangan ini. Thierry Henry pula terus menampilkan sentuhan penyudah yang berbisa untuk terus melebarkan rekod 229 gol sepanjang kariernya bersama Arsenal.

Kemenangan ini juga berjaya melonjakkan Arsenal ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris berkongsi 43 mata dengan Chelsea di tempat kelima setelah tewas 2-0 kepada Everton. Newcastle United pula terpaksa berputih mata apabila dibelasah Tottenham Hotspurs 5-0 di White Hart Lane manakala Liverpool pula turun ke tangga ketujuh dengan 39 mata apabila tewas 1-2 kepada Man United di Old Trafford.

Sumber : BBC Sports

This entry was posted in Ulasan and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply