[BULETIN] SAYA AKAN PERGI JIKA TIDAK DITURUNKAN – PARK

Park Chu-Young bersedia menuju pintu keluar Stadium Emirates musim panas ini jika terus dipinggirkan dari skuad utama Arsenal menurut agennya. Ketua pasukan skuad kebangsaan Korea Selatan itu menyertai Arsenal pada musim panas lalu dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £4 juta dari AS Monaco namun pemain berusia 27 tahun ini cuma bermain 6 minit sahaja dalam Liga Perdana Inggeris sejak berhijrah ke Arsenal.

Meskipun baru-baru ini Park menyatakan bahawa dia tidak akan meninggalkan Emirates dan akan terus berusaha untuk mendapat tempat dalam kesebelasan utama The Gunners namun kenyataan dari agennya itu menunjukkan bahawa bekas pemain FC Seoul ini semakin tidak selesa dengan kehidupan bersama kelab London ini.

“Jika situasi ini berterusan, kami akan mengambil serius sebarang tawaran yang dikemukakan pada musim panas nanti,” kata agen Park kepada Sport Seoul.

Pada perpindahan Januari lalu, pemain berusia 26 tahun ini dikaitkan dengan beberapa kelab termasuk satu lagi kelab London, Fulham yang berminat untuk menandatanginya secara pinjaman namun agennya menegaskan semua itu cuma khabar angin dan tiada sebarang tawaran dibuat.

“Media Inggeris melaporkan bahawa Arsenal telah menolak tawaran yang pinjaman ke atas Park. Bagaimanapun ia bertentangan dengan apa yang kita dengan dari Arsenal dimana tiada sebarang tawaran dibuat.”

Park Chu-Young telah dipilih selaku kapten skuad kebangsaan Korea Selatan mengantikan Park Ji-Sung yang mengumumkan persaraan pada 31 Januari 2011. Penyerang Korea Selatan ini memiliki reputasi yang cemerlang bersama skuad kebangsaan Korea Selatan apabila menjaringkan 23 gol dari 57 penampilan.

PARK CHU-YOUNG AKAN MENYERTAI KHIDMAT NEGARA

Penyerang Arsenal dari Korea Selatan ini juga mendedahkan bahawa dia terpaksa melupakan bola sepak selama 2 tahun untuk menjalani latihan khidmat negara. Setiap rakyat Korea Selatan diwajibkan menjalani latihan ketenteraan selama 21 bulan sebelum mencecah umur 30 tahun atau berhadapan dengan hukuman penjara atau dilucutkan kewarganegaraan.

“Ia sama sekali tidak dapat dielakkan dan itu menjadi salah satu sebab mengapa saya datang ke sini (Emirates). Saya akan meninggalkan Eropah dalam tempoh masa 2 tahun dari sekarang dan saya rasa ini adalah tempat yang sesuai sebelum saya menyertai khidmat negara. Saya akan terus bermain tetapi untuk kelab tentera. Saya rasa adalah sukar untuk saya kembali ke Eropah setelah saya selesai menjalani khidmat negara walaupun sesuatu yang menarik mungkin akan berlaku,” kata Park lagi.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply