[BULETIN] ROBIN VAN PERSIE PEMAIN PERTAMA CATAT 20 GOL DALAM EPL

Penyerang Arsenal, Robin van Persie telah menjadi pemain pertama yang menjaringkan 20 gol dalam Liga Perdana Inggeris Barclays musim ini. Penyerang prolifik kelahiran Belanda itu juga sedang mendahului carta senarai penjaring gol terbanyak Liga Perdana Inggeris Barclays setelah meledak hatrik semasa Arsenal membelasah Blackburn Rovers Ahad lalu.

Robin van Persie telah menjaringkan 22 goal dari 24 perlawanan liga musim manakala Demba Ba (Newcastle United) telah menjaringkan 16 gol setakat ini diikuti Sergio Aguero (Man City) dan Wayne Rooney (Man United) dengan 15 gol.

Robin van Persie kini sedang memburu untuk memecahkan rekod milik bekas penyerang Man United, Cristiano Ronaldo yang meledak 31 gol daripada 34 perlawanan liga pada musim 2007-08.

Sebelum ini, penyerang Arsenal berusia 28 tahun ini juga menjadi pemain pertama yang menjaringkan 10 gol pertama musim ini semasa mencatatkan hatrik semasa Arsenal menewaskan Chelsea di Stamford Bridge pada 29 Oktober tahun lalu. Robin van Persie turut dipilih selaku Pemain Terbaik Liga Perdana Barclays bagi bulan Oktober 2011.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply