[BULETIN] JON TORAL MENANDATANGANI KONTRAK PROFESSIONAL BERSAMA ARSENAL

Jon Toral telah menandatangani kontrak professional bersama Arsenal. Toral yang baru menyambut ulangtahun kelahiran yang ke-17 pada 5 Februari lalu dijangka bakal mengikut jejak langkah bekas kapten Arsenal dari Sepanyol, Cesc Fabregas yang telah menampilkan aksi yang cemerlang sejak berpindah dari akademi bola sepak Barcelona.

Pemain muda Sepanyol yang dibawa masuk pada musim panas lalu dari Akademi La Masia (Barcelona) dengan yuran perpindahan bernilai £300,000 telah menampilkan aksi cemerlang bersama skuad Arsenal B-18 di mana dia telah menjaringkan 3 dalam 12 penampilan dan mula mendapat dalam skuad simpanan Arsenal dibawah kendalian Neil Banfield. Pemain tengah menyerang berkaki kidal ini merupakan anak kelahiran Reus, Sepanyol namun ibunya berbangsa Inggeris.

PROFIL PEMAIN

Nama Penuh  : Jon-Miquel Toral Harper

Tempat Lahir : Reus, Sepanyol

Tarikh Lahir : 5 Februari 1995

Ketinggian : 1.91 m

Kelab lama : Barcelona

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply