[BULETIN] ARSENAL BERSEDIA MENGEKALKAN ROBIN VAN PERSIE

 

Arsenal akan memecahkan rekod gaji pasukan dalam usaha mengekalkan pemain terbaik mereka di samping menarik pemain bintang. Had semasa gaji tertinggi pemain Arsenal adalah sekitar £90,000 seminggu. Namun, di sebalik kekalahan teruk 4-0 dalam Liga Juara-juara di San Siro minggu lalu terdapat penerimaan di kalangan hierarki ‘The Gunners‘ bahawa harus ada perubahan besar dalam hala tuju.

Lembaga kelab yakin terdapat dana luas yang tersedia untuk Arsene Wenger agar aktif dalam pasaran perpindahan pemain pada musim panas nanti. Kini, Wenger akan diberi lampu hijau untuk berbelanja mewah dan juga membeli besar-besaran. Selain itu, dasar baru akan turut memberikan faedah buat striker dalam prestasi, Robin van Persie.

Bintang Belanda ini masih berbaki setahun dalam perjanjian semasa dan Wenger kini boleh menawarkan peluang hampir dua kali ganda gajinya serta serius dalam usaha mendapatkan pemain sasaran Arsenal seperti tonggak Lille, Eden Hazard dan Mario Goetze dari Borussia Dortmund pada musim panas nanti.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply