[BOLA SEPAK] FABIO CAPELLO LETAK JAWATAN PENGURUS ENGLAND

FA England telah mengumumkan perletakan jawatan Fabio Capello sebagai pengurus skuad bola sepak England diterima berkuat kuasa serta-merta semalam ekoran pelucutan jawatan John Terry selaku kapten skaud bola sepak England. Pengurus berbangsa Itali dilantik secara rasminya mengantikan Steven McClaren pada 14 Disember 2007 telah merekodkan 28 kemenangan, 8 seri dan 6 kekalahan sejak membimbing skuad ‘The Three Lions’.

Menurut kenyataan FA England telah mengesahkan menerima perletakan jawatan Fabio Capello berkuat kuasa hari dalam mesyuarat yang dihadiri termasuk Pengerusi FA England, David Berstien dan Setiausaha FA England Alex Horne di Stadium Wembley. Perbincangan tertumpu kepada keputusan lembaga FA yang melucutkan jawatan John Terry selaku kapten skuad bola sepak England dan kenyataan media oleh Fabio Capello dalam temubual bersama media Itali.

“Kami telah menerima perletakan jawatan Capello itu dan yakin ini adalah keputusan yang tepat. Kami juga ingin megucapkan terima kasih atas sumbangan beliau terhadap skuad bola sepak England dan mendoakan kejayaan beliau pada masa-masa akan datang.”

Sebelum itu, pengendali berusia 65 tahun ini telah mengkritik FA England dalam temubual bersama televisyen Itali ekoran keputusan untuk melucutkan jawatan John Terry selaku kapten skuad kebangsaan England sebelum perbicaraan selesai dimana Terry telah terlibat dalam kes menghina perkauman ke atas Anton Ferdinand semasa Chelsea tewas 0-1 kepada Queens Park Rangers pada 23 Oktober lalu.

“Mereka benar-benar meghina dan merosakan reputasi saya,” kata Capello kepada Italpress

“Dalam kes Terry ini, mereke benar-benar menaykitkan hati saya dan menjejaskan reputasi saya selaku pengendali skuad England yang secara tidak langsung akan menimbulkan masalah kepada skuad saya. Saya tidak boleh membiarkan gangguan ini menganggu tugas saya, jadi ada lebih baik saya mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan,” jelas Capello lagi.

Capello turut menerima kritikan hebat oleh media-media Inggeris yang memaksanya meletak jawatan ekoran komenya terhadap FA England itu, namun Bernstien masih berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh pengurusnya skuad England itu.

Harry Rekknapp dan Guss Hiddnik antara nama-nama yang disebut-sebut untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Fabio Capello itu.

This entry was posted in Bola Sepak and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply