[BADMINTON] ZULFADLI ZULKIFLI BAKAL PENGANTI LEE CHONG WEI

Kejayaan pemain badminton remaja negara, Zulfadli Zulkifli menundukkan juara bertahan dari Denmark, Viktor Axelsen untuk bergelar juara Kejohanan Remaja Dunia di Taiwan pada 6 Novermber 2011 lalu, seolah -olah memberi bayangan, siapa bakal menggantikan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei kelak.

Beraksi di tahun terakhir sebagai pemain remaja, Zulfadli turut muncul sebagai perseora­ngan lelaki remaja pertama negara menjuarai gelaran tersebut.

Bermain untuk Kelab Raket Kuala Lumpur (KLRC), Zulfadli lebih selesa dilatih bapanya sendiri, Zulkifli Sidek yang merupakan bekas jurulatih pusat latihan Olimpik United States, Marquette, Michigan (1989-1991), dan Los Angeles (1991-1992), walaupun Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pernah menawarkan program latihan kepada pemain itu.

Lebih berpengalaman beraksi dan menjuarai beberapa kejohanan antarabangsa berbanding pemain pelapis BAM, kejayaan juara Kejohanan Remaja Terbuka Jerman ini dilihat memberi tamparan hebat kepada BAM yang hanya berjaya melahirkan beregu lelaki terbaik di dunia menerusi program Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ).

Sedar dirinya sering dikaitkan sebagai pemain perseorangan lelaki pelapis terbaik, pemain ke-125 dunia ini sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab Datuk Lee Chong Wei satu hari nanti.

Nama : Zulfadli Zulkifli Sidek
Tarikh lahir : 11 Februari 1993
Tempat lahir : Los Angelas, Amerika Syarikat
Nama bapa : Zulkifli Sidek
Nama Ibu : Hanny Pranatyo
Idola : Taufik Hidayat
Pencapaian :-
-Juara MSSM MS 2004-2007
-Juara MSSM MD 2003-2005
-Juara U12 GP 2003-2005
-Juara Sirkit Kebangsaan Junior
-Peringkat Akhir (U14BS) 2007
-Juara Terbuka Kedah MS division 2 2007
-Juara U10 perseorangan lelaki Selangor
-Juara U-12 Luster International Open 2005 di Sungai Petani
-Juara MD dan MS (U-13) Kejohanan Remaja Antarabangsa
-Malmo Sweeden 2005
-Sirkit Junior Kebangsaan, Zon B Bawah 12 Tahun: Ketiga.
-Juara Bergu Bawah 12 tahun MSSM
-Juara Terbuka Sweden 2005 (Junior) Bawah 13 tahun
-Juara Eropah 2006 (Junior) Bawah 15 Tahun
-Juara Yonex Sunrise Malaysia International Challenge 2007
-Juara Sukan Teras 100Plus National Junior Circuit 2008
-Juara Terbuka Kedah 2009 Kedah (Bawah 21 Tahun)
-Juara MSSM 2009 (Bawah 18 Tahun)
-Juara Perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Remaja Asia 2011
-Juara Sukan Komanwel Remaja di United Kingdom September 2011
-Juara Kejohanan Remaja Dunia Taiwan 2011

Sumber : www.sinarharian.com.my

Incoming search terms:

  • zulfadli zulkifli
  • zulfadli zulkifli profile
  • zulfadhli zulkifli
This entry was posted in Badminton and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply