[PIALA FA] PUSINGAN KE-5 – SUNDERLAND VS ARSENAL

Arsenal masih lagi dipalit duka ekoran kekalahan besar 0-4 kepada AC Milan Rabu lalu dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah. Manakala Sunderland pula mempunyai rehat yang cukup setelah tewas 1-2 kepada Arsenal hujung minggu lalu dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Namun saingan dalam perlawanan kalah mati Piala FA ini pasti suatu yang berbeza lantaran kedua-dua pasukan mahu meneruskan kemaraan ke pusingan suku akhir.

Arsenal turun tanpa Per Mertesacker yang cedera ligamen minggu lalu telah menjalani pembedahan dan bakal berehat panjang sehingga penghujung musim ini. Sementara itu, Koscielny juga terpaksa disisihkan kerana kecederaan lutut namun dijangka dapat diturunkan dalam pertemuan menentang Spurs hujung minggu depan. Oxlade-Chamberlain yang direhat semasa perlawanan mennetnag Milan bakal diturunkan manakala Tomas Rosicky akan berada dibangku simpanan.

Skuad Steve Bruce pula bebas dari sebarang kecederaan dan dijangka akan menurunkan skuad terbaik mereka. Stephane Sessegnon dan Fraizer Campbell bakal memainkan peranan penting untuk mengucar-kacirkan benteng pertahanan Arsenal.

BARISAN KEMUNGKINAN

Pengadil  : Howard Webb

Ramalan : Sunderland (1) vs Arsenal (2)

This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply