[ARTIKEL] 20 STADIUM TERBAIK DI LIGA PERDANA INGGERIS

Liga Perdana Inggeris Barclays merupakan liga bola sepak yang paling diminati dan popular, memiliki jutaan peminat-peminat di seluruh dunia. Dari utara Newcastle hingga ke selatan London dan timur Norwich serta barat Swansea menjadi lokasi tumpuan peminat bola sepak di mana stadium-stadium kelab bola sepak Liga Perdana Inggeris turut menjadi perhatian peminat bola sepak. Di sini disenaraikan kedudukan stadium-stadium terbaik dalam Liga Perdana Inggeris dari segi kemudahan infrastuktur, kapasiti dan reka bentuk.

1-Stadium Emirates – Arsenal

Lokasi    : Holloway, London

Kapasiti : 60,361 tempat duduk

Dibuka  : 22 Julai 2006

-Dibina untuk mengantikan Highbury yang padat, stadium Emirates tidak mempunyai ciri-ciri stadium kejiranan tetapi merupakan stadium yang terbaik dari pelbagai aspek dengan memiliki tempat duduk yang paling selesa dalam Liga Perdana Inggeris, suasana persekitaran yang hebat dan pengalaman menyaksikan perlawanan bola sepak yang mengujakan.

-Arsenal telah melakukan yang terbaik membina stadium bola sepak ke-2 terbesar di England ini, bukan sahaja bahagian dalam stadium yang sempurna malah kedudukannya tidak jauh dari dari Highbury serta memiliki kawasan lapang di sekitar stadium yang luas.

– Selain itu, Stadium Emirates memiliki banyak ‘turnstiles’ yang memudahkan penonton untuk masuk berbanding dengan Highbury ditambah pula dengan gedung membeli-belah yang besar. Emirates merupakan stadium moden yang canggih bertaraf dunia menduduki tangga teratas dalam kedudukan stadium terbaik di Liga Perdana Inggeris dan merupakan antara stadium termahal di dunia.

2-Stadium of Light – Sunderland

Lokasi    : SR5 1SU, Sunderland

Kapasiti : 48,707 tempat duduk

Dibuka  : 30 Julai 1997

-Merupakan stadium bola sepak ke-6 terbesar di England telah dibina khas oleh bekas kelab pengerusi kelab, Bob Murray yang menjadi menjadi mercu tanda besar di timur laut England. Stadium ini mempunyai pemandangan dari tempat duduk yang sempurna dan ruang tempat duduk yang selesa untuk peminat-peminat. Akses di dalam dan luar stadium yang baik kerana diuruskan oleh konsortium. Dan jika anda melawat ke Sunderland, stadium antara lokasi yang mesti dikunjungi.

3-Stadium Etihad – Manchester City

Lokasi    : St. Rowsley, Manchester

Kapasiti : 48,805 tempat duduk

Dibuka  : 25 Julai 2002

-Dahulunya dikenali sebagai City of Manchester Stadium yang dibina untuk Sukan Komanwel 2002. Setahun kemudian, Manchester City menjadi stadium ini sebagai gelanggang rasmi mereka setelah beberapa pengubahsuaian dijalankan. Kini stadium ini menjadi pusat sukan bandar yang memiliki pelbagai kemudahan sukan sejak 10 tahun yang lalu ditambah pula dengan pembangunan kampus Etihad yang menarik sekaligus bakal menjadi sebagai tapak utama sukan di UK selepas Taman Olimpik London.  Antara kritikan yang diterima ialah jarak dari padang tetapi Manchester City tidak dapat mengurangkan tempat duduk atas trek larian dan beberapa tindakan lain. Salah satu stadium yang menarik untuk dilawati.

4-Stadium Old Trafford – Manchester United

Lokasi    : Old Trafford, Greater Manchester

Kapasiti : 75,811 tempat duduk

Dibuka  : 19 Februari 1910

-Merupakan stadium bola sepak terbesar di England dan antara stadium yang menarik diserikan pula dengan kejayaan demi kejayaan The Red Devil. Sukar untuk membayangkan betapa besarnya stadium ini apabila anda masuk ke dalamnya. ‘The South Stand’ begitu mengagumkan yang membolehkan anda melihat pemandangan di seluruh stadium sekaligus menjadikan anda berasa kerdil. Stadium ini telah diubahsuai menjadi stadium berkapasiti penuh tempat duduk pada Januari 2000 yang mempunyai pemandangan yang hebat, ruang duduk yang selesa dan merupakan antara stadium bola sepak bertaraf dunia.

5-Stadium Reebok – Bolton Wanderers

Lokasi    : Horwich, Bolton

Kapasiti : 28,723 tempat duduk

Dibuka  : 1 September 1997

-Stadium ini bukanlah antara stadium terbesar namun ia merupakan salah satu stadium yang terbaik di Liga Perdana Inggeris. Berdasarkan seni bina yang futuristik dan memiliki pusat persidangan serta arena tertutup yang mempunyai pemandangan yang sempurna dan suasana persekitaran yang bagus. Lampu limpah yang digabungkan membentuk pemandangan menyerupai kulit siput yang menarik. Jika tidak kerana saiznya yang kecil, pastinya stadium ini akan menjadi antara stadium berkelas dunia.

6-Stadium Anfield – Liverpool

Stadium-Anfield-kebanggaan-LiverpoolLokasi    : Anfield Road, Liverpool

Kapasiti : 45,276 tempat duduk

Dibuka  : 28 September 1884

-Merupakan antara stadium bola sepak yang terkenal di dunia dengan memiliki sejarah tersendiri dan pencapaian yang hebat. Ruang letak kaki yang tidak selesa namun persekitaran akan membuatkan anda melupakannya. Lagend Stand yang terganggu disebabkan bunyi bising dari tempat duduk dan jarang sekali untuk dikesan. Kedudukan sudut yang kurang strategik disebabkan stadium ini adalah stadium lama yang dibangunkan semula. Dan yang paling ketara ialah grandstand masih mempunyai tiang-tiang sokongan yang menganggu pemandangan. Anfield merupakan stadium yang besar dan menarik untuk dilawati.

7-Stadium Molinuex – Wolveshampton Wanderers

Lokasi    : Waterloo Road, Wolverhampton

Kapasiti : 27,828 tempat duduk

Dibuka  : 7 September 1889

-Stadium merupakan salah satu stadium lama yang mempunyai tempat duduk yang sedikit bujur berwarna keemasan. Molinuex ini menjalani proses pembinaan semula yang berterusan sejak 30 tahun lalu sehingga kini. Hasil daripada proses pembangunan jangka masa panjang yang berkesan, ianya merupakan antara stadium terbaik di Liga Perdana Inggeris. Struktur yang baik di dalam dan luar stadium menjanjikan pengalaman yang indah semasa perlawanan namun jarak dengan padang yang kurang bagus sekaligus menjejas pemandangan semasa menonton perlawanan. Sekiranya Molineux melalui fasa pembangunan yang dirancang pada masa akan datang kerana proses pembangunanya baru di pertengahan jadual.

8-Stadium White Hart Lane – Tottenham Hotspur

Lokasi    : 748 High Road, Tottenham

Kapasiti : 36,230 tempat duduk

Dibuka  : 4 September 1899

-Stadium yang padat dan selesa dengan suasana yang hebat yang melalui proses pengubahsuaian sejak beberapa dekad lalu, dan kini White Hart Lane berada pada kelas yang tersendiri di antara stadium terbaik dalam Liga Perdana Inggeris. Dua tiang sokongan di ‘East Stand’ menghasilkan satu pemandangan yang mengagumkan dari pelbagai sudut merupakan salah satu ciri yang sudah hilang dari kebanyakan stadium baru. Dari jauh, stadium ini kelihatan seperti seekor dinasour di mana dua skrin besar yang dibina ke dalam bumbung dan kelihatan hebat dari dalam apabila tertutup. Reka bentuk agak bercampur dan tidak sepadan dengan pendekatan di luar tidak diikuti di dalam. Setiap tempat duduk yang melengkapi antara satu sama lain dengan sudut yang bergerak dari stand tersebut.

9-Stadium SportsDirect.com Arena – Newcastle United

Lokasi   : St. James’ Park, Newcastle

Kapasiti : 52,387 tempat duduk

Dibuka  : 22 Disember 1892

-Dahulunya dikenali sebagai St James’ Park stadium merupakan stadium bola sepak ke-3 terbesar di England dan antara yang paling utuh dalam Liga Perdana Inggeris. Terdapat dua stands besar setinggi suku batu dibahagian ‘Leazes End’. Dua stand yang baru sangat efektif dari dalam dan luar dengan Gallowgate yang menarik manakala stand timur sedikit ke bawah. Pada tahun 1998, rasuk keluli cantilever dibina di bahagian bawah kompleks Milburn/Leazes merupakan struktur cantilever terbesar di Eropah sepanjang 64.5m. Pastinya pemandangan dari atas stadium akan membuatkan anda berasa sedikit gayat.

10-Stadium Stamford Bridge – Chelsea

Lokasi   : Fulham, London

Kapasiti : 41,837 tempat duduk

Dibuka  : 28 April 1877

-Merupakan stadium ke-8 terbesar dan yang tertua dalam Liga Perdana Inggeris namun masih teguh meskipun sudah berusia lebih satu abad. Pemandangan yang hebat dari semua sudut dan memberikan pengalaman yang bermakna buat peminat yang menyaksikan perlawanan di stadium ini. Namun, seperti Villa Park, Stamford Bridge juga mengalami perubahan demi perubahan sejak zaman berzaman. Kini, terdapat stand berganda sebanyak 3 tingkat mengikut reka bentuk yang lebih moden dan futuristik.

11-Stadium Liberty -Swansea City

Lokasi   : Landore, Swansea

Kapasiti : 20,532 tempat duduk

Dibuka  : 10 Julai 2005

-Merupakan stadium ke-3 terbesar Wales dan satu-satunya stadium Liga Perdana Inggeris yang terletak di luar England. Stadium ini merupakan stadium yang terbaru digunakan kira-kira setahun sebelum pembukaan stadium Emirates. Stadium ini dibina dengan sangat baik dan teliti tetapi tidak mempunyai elemen-elemen futuristik seperti kebanyakan stadium yang lain. Lantaran itu, stadium ini antara stadium yang bagus tetapi tidak menonjol sebagai antara stadium terbaik dalam Liga Perdana Inggeris.

12-Stadium Villa Park – Aston Villa

Lokasi   : Trinity Road, Birmingham

Kapasiti : 42,788 tempat duduk

Dibuka  : 10 Jun 1889

-Merupakan salah satu stadium tertua dalam Liga Perdana Inggeris di mana sering kali menjadi tuan rumah untuk perlawanan separuh akhir Piala FA sehingga tahun 2000. Namun selepas, stadium baru yang lebih moden dan canggih. Bahagian permukaan hadapan stadium diperbuat daripada batu-bata yang istimewa di Holte End. Pelbagai pengubahsuaian dilakukan untuk memberi pemandangan yang lebih luas dan selesa untuk penonton. Jika kita kembali ke zaman silam, stadium berkapasiti tempat duduk penuh ini antara 5 stadium terbaik  di Liga Perdana Inggeris.

13-Stadium Brittania – Stoke City

Lokasi : Stanley Matthews Way, Stoke-on-Trent

Kapasiti : 27,598 tempat duduk

Dibuka  : 30 Ogos 1997

-Secara fizikalnya stadium ni antara stadium yang baik dan tidak mengecewakan jika anda melihatnya dengan lebih dekat. Jika Stoke City menjadi antara kelab yang utama, pastinya suasana yang hebat dapat dirasai. Stadium ini sering kali diisi di sebahagian sudut sahaja selebihannya dibiarkan kosong untuk peredaran udara di mana terdapat sebilangan kerusi yang hilang dan tidak dibaik pulih. Stadium ini memiliki pemandangan yang baik dan boleh menjadi yang lebih baik.

14-Stadium DW – Wigan Athletic

Lokasi   : Robin Park, Wigan

Kapasiti : 25,133 tempat duduk

Dibuka  : 7 Ogos 1999

-Stadium ini baru berusia 15 tahun dikongsi bersama oleh kelab bola sepak Wigan Athletic dan kelab Ragbi Wigan Warrior. Stadium ini dibina dengan baik dan tersergam indah namun tidak mempunyai ruang untuk gerai jualan dan mempunyai pemandangan yang agak kerana dibina agak curam mengikut piawaian Liga Perdana Inggeris. Bagi individu yang sudah biasa dengan suasana di utara England, ianya bukan satu isu yang besar. Stadium DW adalah sebuah stadium yang bagus, namun bukanlah antara stadium yang terbaik.

15-Stadium Hawthorns – West Brom Albion

Lokasi   : West Bromwich, Sandwell

Kapasiti : 26,484 tempat duduk

Dibuka  : 3 September 1900

-Terletak di utara bandar Sandwell, stadium ini telah menjalani proses pembangunan sejak beberapa dekad kebelakangan ini. Kerja-Kerja ini telah siap sepenuhnya pada tahun sekaligus menjanjikan kualiti sebenar sebagai stadium untuk Liga Perdana Inggeris. Stadium ini tertutup sepenuhnya dan mempunyai beberapa ruang tetapi masih mengekalkan ciri-ciri stadium lama. Dan yang paling menarik ialah tempat duduk di stand timur yang besar, sekaligus mengatasi stand Halford Road yang tidak boleh dibangunkan lagi. Stadium ini mempunyai ciri-ciri yang baik dan pemandangan yang menarik dari pelbagai sudut.

16-Stadium Goodison Park – Everton

Lokasi   : Goodison Road, Liverpool

Kapasiti : 40,157 tempat duduk

Dibuka  : 24 Ogos 1892

-Terletak di Stanley Park yang mempunyai laluan pejalan kaki ke Anfield, Goodison Park merupakan stadium lama yang mempunyai banyak ciri-ciri unik sama seperti Craven Cottage terutama di bahagian sudut stadium. Terdapat gereja di luar stadium walaupun tidak dapat dilihat dari mana-mana bahagian dalam stadium. Terdapat masalah pemandangan yang menjejaskan kualiti stadium, namun ianya bukan satu masalah besar. Goodison Park kian dimamah usia dan memerlukan kerja-kerja pengubahsuaian yang  baik dan berterusan agar ia tidak ketinggalan zaman. Terdapat beberapa pemandangan yang menarik terutama apabila anda menghampiri Goodison Park di mana anda boleh merasai suasana stadium lama di sini.

17-Stadium Carrow Road – Norwich City

Lokasi   : Carrow Road, Norwich

Kapasiti : 27,033 tempat duduk

Dibuka  : 31 August 1935

-Carrow Road kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas beberapa musim di mana terdapat beberapa pengubahsuaian yang menjadikan stadium ini lebih menarik. Stadium ini sedikit berterabur dan kedudukan tempat duduknya kurang berkesan. Carrow Road merupakan stadium yang menarik dengan suasana yang baik namun bukanlah antara stadium yang terbaik dalam Liga Perdana Inggeris.

18-Stadium Ewood Park – Blackburn Rovers

Lokasi   : Blackburn, Lancashire

Kapasiti : 31,154 tempat duduk

Dibuka  : 9 April 1881

-Ewood Park merupakan stadium kedua tertua di Liga Perdana Inggeris selepas Stamford Bridge dan pernah menjulang trofi ini pada 1994/95. Terdapat tiga stand yang baik dengan sentuhan lebih moden yang memiliki pemandangan yang baik kecuali stand ke-4 yang sedikit kurang jelas. Di bahagian bawah sebelah padang kelihatan sangat kecil dan pemandangan yang kurang jelas. Meskipun terdapat laluan keretapi dibelakangnya, namun stand dibina dengan akses dikedua-dua hujung. Namun penonton terpaksa berjalan agak jauh untuk naik ke tempat duduk. Ewood Park antara stadium yang bagus dengan skrin layar yang baik namun tidak menduduki stadium yang terbaik dalam Liga Perdana Inggeris.

19-Stadium Craven Cottage  – Fulham

Lokasi   : Fulham, London

Kapasiti : 25,700 tempat duduk

Dibuka  : 10 Oktober 1886

-Terletak di barat daya London dan di tebing sungai Thames, Craven Cottage adalah antara stadium lama yang hebat. Terdapat sebuah tugu yang menarik sentiasa mengalu-alukan kehadiran peminat-peminat dengan stand yang dinaungi oleh bumbung yang besar. Bahagian yang terbaik ialah berbentuk cottage yang berada di bawah kiri stadium di mana pemain mengunakannya sebagai bilik persalinan, salah satu ciri yang unik. Namun stadium ini sedikit mengecewakan dengan kapasiti yang kecil dan pemandangan terhalang disebabkan oleh tiang struktur stadium.

20-Stadium Loftus Road  – Queen Park Rangers

Lokasi   : Shepher’s Bush, London

Kapasiti : 18,360 tempat duduk

Dibuka   : 22 Oktober 1904

-Merupakan stadium terkecil dalam Liga Perdana Inggeris, Loftus Road sedikit mengecewakan dengan ruang tempat duduk yang kecil dan sempit serta pemandangan yang kurang jelas. Dengan harga tiket bernilai £55, stadium ini gagal memuaskan hati penonton. Meskipun anda masih boleh merasai kehangatan dan keseronokan menonton perlawanan di sini namun gagal untuk menghalang stadium ini menjadi stadium terburuk di Liga Perdana Inggeris.

Sumber : www.bleacherreport.com

Incoming search terms:

  • stadium terbaik di malaysia
  • stadium paling besar di malaysia
  • stadium tercantik di malaysia
  • stadium paling canggih
  • stadium paling canggih di dunia
  • stadion norwich city
  • stadium paling cantik di malaysia
  • stadium stadium besar di england
  • pemandangan padang old trafford dari pandangan atas
  • stadium tercantik england
This entry was posted in Artikel and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply