[PIALA FA] KEMENANGAN DRAMATIK ARSENAL 3-2 KE ATAS ASTON VILLA

Arsenal bangkit dari ketinggalan 2-0 pada separuh masa pertama sebelum menewaskan Aston Villa 3-2 di Emirates kelmarin. Arsenal menurunkan hampir kesemua pemain utamanya kecuali Szczesny yang direhatkan dan digantikan dengan Fabianski yang cergas sepenuhnya. Manakala Vermaelen pula kembali ke posisi bek kiri dan Coquelin pula mengisi posisi bek kanan kerana Wenger masih belum bersedia untuk menurunkan Sagna yang baru pulih dari kecederaan panjang. Chamberlain pula terus diberi kepercayaan untuk bergandingan bersama van Persie dan Walcott dibahagian serangan.

Sebaik sahaja wisel permulaan ditiup, Arsenal terus mengasak kubu Aston Villa dan nyaris memperolehi gol awal namun sepakan padu Vermealen dari jarak 30m berjaya ditepis keluar oleh Shay Given pada minit ke-5. Robin van Persie pula gagal menguis masuk  bola hasil hantaran lintang Walcott pada minit 19 tatkala gawang Villa terbuka luas. Namun Villa yang sekali sekala mengasak berjaya memperolehi gol pertama menerusi Richard Dunne yang menanduk masuk hantaran lintang  Robbie Keane pada minit ke-33.

Arsenal terus melakukan asakan demi asakan namun Villa sekali menemui sentuhan gol tatkala perlawanan memasuki masa kecederaan separuh masa pertama. Darren Bent bijak membaca hantaran Stephen Ireland sebelum melepaskan sepakan dan berjaya ditampan oleh Lukasz Fabianski namun sepakan susulan Bent gagal diselamatkan sekaligus memberi gol kedua buat Aston Villa.

Sebaik sahaja separuh masa kedua bersambung, Arsenal terus mengandakan usaha untuk menjaringkan gol. Kebangkitan dramatik Arsenal bermula apabila dihadiahkan sepakan penalti selepas Ramsey dijatuhkan di dalam kotak penalti oleh Dunne pada minit 53. Robin van Persie mudah menyempurnakan sepakan penalti sekaligus menyemarakan semangat pemain-pemain Arsenal.

Dua minit berselang, Walcott berjaya mebuat percubaan hasil daripada larian individunya dari sebelah kanan namun Hutton yang cuba mengeluarkan bola dari atas garisan namun bola terkena badan Walcott dan terus menerjah jaring untuk gol penyamaan Arsenal.

Tersentak dengan gol penyamaan Walcott, Villa cuba mengasak gawang Arsenal. Namun hasil satu serangan balas yang pantas Koscielny berjaya melakukan ‘overlaping’ hingga  ke dalam kotak penalti Villa sebelum dijatuhkan oleh Bent. Pengadil perlawanan, Mike Jones tidak teragak-agak untuk menghadiah satu lagi sepakan penalti untuk Arsenal. Robin van Persie sekali lagi tenang menyempurnakan sepakan penalti iada minit ke-61.

Arsenal terus mendominasi perlawanan dengan sepakan Walcott berjaya diselamatkan oleh Given manakala percubaan van Persie pada minit ke-72 sedikit tersasar melewati palang gol. Villa cuba menyerang sekali sekala namun kedudukan ini kekal hingga tamat perlawanan. Kemenangan ini membawa Arsenal ke pusingan kelima Piala FA berhadapan pemenang antara Sunderland atau Middlesbrough pada 18 atau 19 Februari nanti.

This entry was posted in Ulasan and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply