[KOMENTAR] ROBIN VAN PERSIE – GABUNGAN DUA LAGENDA

van-persie-arsenal-london-star-celebrityRobin van Persie dilahirkan pada 6 Ogos 1983 di Rotterdam, Belanda. Akademi Feyenoord merupakan tempat van Persie mendapat curahan ilmu dan mengasah bakatnya sehingga terpilih sebagai Pemain Muda Berbakat Belanda 2001/02. Kemudiannya, dia menyertai Arsenal pada 17 May 2004 dengan yuran perpidahan sebanyak £2.75 juta dari Feyenoord di mana dia telah memenangi Piala UEFA pada tahun 2002.

Pemain berkaki kidal ini memiliki ketinggian 1.83 meter merupakan prospek masa depan untuk menggantikan lagenda Arsenal, Dennis Bergkamp. Bermula sebagai pemain sayap kiri, namun Wenger mengubah posisinya selaku ‘center forward’ ketika beraksi di Arsenal. Robin van Persie mendapat debut pertamanya di EPL ketika hadir sebagai pemain gantian ketika Arsenal menewaskan Manchester United 3-1 dalam Perisai Komuniti FA pada 8 Ogos 2004.

arsenal-henry-pires-vieira-van-persieKarier awalnya sering dibayangi penyerang-penyerang Arsenal lain ketika itu seperti Henry, Bergkamp, Reyes, Adebayor. Namun, pemergian Adebayor dan Eduardo membuka ruang untuk van Persie mula membuktikan kreadibiliti sebagai antara penyerang yang digeruni di Liga Perdana Inggeris ketika ini. Selepas pulih dari kecederaan buku lali yang panjang, dia telah mencetak 35 gol dari 36 penampilan bersama Arsenal sepanjang tahun 2011.

Manakala di peringkat antarabangsa pula, Robin van Persie memulakan debutnya bersama Belanda ketika ‘The Oranje’ menewaskan Romania 2-0 semasa perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2006 pada 4 Jun 2005 dan menjaringkan gol antarabangsanya bersama skuad utama Belanda pada 8 Jun 2005 ketika mengalahkan Finland 4-0.

Robin van Persie hadir sebagai penyerang kedua kepada Ruud van Nistelrooy, namun kini dia merupakan penyerang utama yang membantu skuad Belanda ke perlawanan akhir Piala Dunia 2010 sebelum tewas kepada Sepanyol. Sehingga kini, van Persie telah merekodkan 25 gol dalam 61 penampilan bersama Belanda.

Sepanjang 256 penampilan bersama Arsenal, van Persie telah menjaringkan 116 gol dan 51 assists serta menjulang 1 Perisai Komuniti 2004 dan Piala FA 2005. Robin van Persie merupakan penyerang mampu mengelecek dan melakukan rembatan jarak jauh di samping mempunyai naluri pembunuh melalui sepakan percuma.

Peminat-peminat Arsenal sering melabelkan van Persie adalah gabungan kepada dua lagenda Arsenal iaitu Henry dan Bergkamp. Kehadirannya pasti menyuntik rasa gerun dibenak setiap pemain pertahanan dan penjaga gol lawan. Dan jika tidak kerana kecederaan serius yang panjang, pastinya sinar bintang Robin van Persie akan lebih bergemerlapan.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply