[PIALA FA] PUSINGAN KE-4 – ARSENAL VS ASTON VILLA

Arsenal bakal menerima kembali kehadiran Mikel Arteta dan Thierry Henry yang cergas sepenuhnya manakala Bacary Sagna, Francis Coquelin dan Kieran Gibbs memerlukan sedikit masa lagi untuk kembali ke skuad utama dan bersedia untuk diturunkan dalam perlawanan menentang Bolton Rabu ini. Lukasz Fabianski pula dijangka memanaskan semula bangku simpanan setelah cergas sepenuhnya daripada kecederaan lutut yang di alaminya bulan lepas. Djourou pula terpaksa diketepikan akibat kecederaan hamstring yang dialaminya minggu lalu.

Gervinho dan Chamakh pula sedang beraksi bersama negara masing-masing dalam Kejohanan Piala Afrika 2012. Namun berita yang kurang baik diterima oleh kem Arsenal apabila Wilshere berkemungkinan besar terus direhatkan sehingga April nanti selepas mengadu sakit di bahagian buku lalinya.

Arsenal dijangka menurunkan skuad utama dalam misi untuk meneruskan kemaraan dalam saingan Piala FA musim ini. Niko Yennaris dijangka akan mengisi posisi bek kanan manakala Chamberlain bakal bermain di posisi sayap kiri berdasarkan persembahan yang cemerlang semasa perlawanan menentang Man United minggu lalu.

Rangkaian serangan Aston Villa kembali ceria apabila Gabriel Agbonlahor, Emile Heskey dan Darren Bent pulih dari kecederaan masing-masing sekaligus menyukarkan pengurus Villa, Alex McLeish untuk membuat keputusan siapa pemain yang akan bergandingan bersama dengan Robbie Keane yang cemerlang semasa perlawanan menentang Wolverhampton Wanderers.

McLeish juga akan meletakan Stephen Ireland dibangku simpanan, selepas tidak diturunkan semasa Villa mencatatkan kemenangan ke atas Wolves akibat kecederaan hamstring. Namun Charles N’Zogbia, akan terus disisihkan kerana belum pulih dari kecederaan tumitnya.

BARISAN KEMUNGKINAN

Barisan pemain simpanan :-

Arsenal : Fabianski – Coquelin – Rosicky – Sagna – Park – Henry – Squillaci – Benayoun- Arshavin

Aston Villa : Guzan – Ireland – Heskey – Warnock – Bannan – Weimann – Baker – Stevens – Williams

Pengadil : Mike Jones

Ramalan : Arsenal (2) vs Aston Villa (0)

FAKTA MENARIK

  • Arsenal cuma tewas sekali daripada 33 perlawanan di laman sendiri sejak berada di bawah kendalian Arsene Wenger, tidak termasuk kemenangan ke atas Sheffield United yang dibatalkan.
  • Arsenal mempunyai rekod yang baik di Emirates musim ini apabila cuma tewas 2 kali dalam semua kejohanan.
  • Setakat ini Arsene Wenger telah menggunakan 32 orang pemain, lebih dari mana-masa pasukan musim ini.
  • Penjaring terbanyak Arsenal musim ini ialah Robin van Persie yang telah menjaringkan 23 gol dalam semua kejohanan berbanding 8 gol oleh penjaring terbanyak Villa, Darren Bent.
  • Kelab-kelab yang telah memenangi Piala FA kali lebih daripada tujuh kali iaitu Aston Villa, Manchester United, Arsenal dan Spurs, namun kejayaan Villa terakhir adalah pada tahun 1957.
  • Arsenal dan Aston Villa telah bertemu sebanyak 9 kali dalam saingan Piala Fa dimana Arsenal menang 6 kali dan Villa menang 3 kali.
  • Kali terakhir Wenger bertemu McLeish ialah dalam perlawanan akhir Piala Carling pada 27 Feb 2011 apabila Arsenal tewas 2-1 kepada Birmingham City kendalian McLeish ketika itu.
This entry was posted in Pra-Perlawanan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply