[PIALA FA] PUSINGAN KE-4 – LIVERPOOL MARA, UNITED KECEWA

Pertembungan dua musuh tradisi, Liverpool dan Man United di Anfield pada saingan pusingan ke-4 Piala FA Inggeris menjanjikan satu persembahan yang menghiburkan. Perlawanan ini juga turut dihangatkan lagi dengan pengantungan 8 perlawanan oleh FA Inggeris ke atas pemain Liverpool (Luis Suarez) yang melontarkan kata-kata berbaur perkauman kepada pertahanan Man United, Patrice Evra ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris pada 15 Oktober 2011 lalu.

Liverpool yang masih segar dengan kejayaan mara ke final Piala Carling Rabu lalu bakal menurunkan barisan terbaik mereka meskipun tanpa Lucas (cedera) dan Suarez (digantung). Manakala Man United kehilangan beberapa pemain utama akibat kecederaan seperti Rooney (lutut), Nani (kaki), Young (buku lali), Cleverley (buku lali), Vidic (lutut), Jones (buku lali), Ferdinand (tulang belakang) dan Anderson masih belum pulih sepenuhnya. Untuk rekod, Man United cuma tewas 3 daripada 21 perlawanan dalam semua kejohanan tetapi masih gagal memenangi perlawanan di Anfield sejak 2007 lagi.

Sebaik sepak mula, perlawanan tampak seimbang dimana kedua-dua pasukan sering berbalas serangan namun Man United nyaris memperolehi gol pertama pada minit ke-18 apabila Valencia yang bijak memperdaya pertahanan Liverpool di sebelah kanan sebelum melepaskan rembatan padu dari jarak 20 ela namun terkena tiang. Berpunca dari satu sepakan sudut, Daniel Agger yang tidak dikawal mudah menanduk masuk gol pendahuluan buat Liverpool pada minit ke-21.

Bangkit dari ketinggalan, United tampil lebih agresif mengasak kubu Liverpool dan hasilnya pada minit ke-39 Rafael da Silva berjaya memperdaya Enrique dari sebelah kanan sebelum membuat hantaran lintang yang disambut kemas oleh Park Ji Sung untuk gol penyamaan United.

Sekembalinya dari rehat, kedua-dua pasukan dilihat lebih berhati-hati dan menyaksikan beberapa peluang keemasan disia-siakan oleh kedua-dua pasukan. Liverpool memasukan Dirk Kuyt dan Charlie Adam untuk menguatkan jentera serangan pada minit ke-63.

Ketika perlawanan seakan-akan berakhir dengan keputusan seri, Dirk Kuyt berjaya memintas Evra dan disudahkan dengan rembatan kaki kanan yang menewaskan De Gea pada minit ke-88 untuk gol kemenangan Liverpool. Seminit kemudian Dirk Kuyt hampir menambah koleksi gol peribadinya namun sepakannya tersasar tatkala gawang United terbuka luas.

Meskipun United cuba bangkit dengan memasukan Berbatov segalanya sudah terlambat untuk menafikan kemaraan Liverpool ke suku akhir Piala FA musim ini. Kegagalan ini terlepas satu lagi piala dan menyaksikan United hanya berbaki 2 piala untuk direbut musim ini.

INFO : Red Devil memenangi Piala FA sebanyak 11 kali manakala Liverpool pernah menjulang piala iniĀ  sebanyak 7 kali.

This entry was posted in EPL and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply