[PERSPEKTIF] PRESIDEN RWANDA SARANKAN ARSENE WENGER BERUNDUR

Arsene Wenger terus menerima kritikan demi kritikan sepanjang musim ini dan yang terbaru hadirnya daripada Presiden Rwanda, Paul Kagame yang juga merupakan penyokong setia Arsenal. Malah menurut Daily Telegraph, pelbagai tekanan dilontarkan agar Arsene Wenger berundur dari jawatannya sebagai pengurus Arsenal tidak hanya hadir dari dalam Liga Perdana Inggeris sahaja.

“Saya merupakan penyokong setia Arsenal tetapi secara jujurnya sekarang ini Wenger perlu membimbang pasukan lain dan Arsenal memerlukan jurulatih baru,” komen Kagame menerusi akaun twitternya baru-baru ini.

“Apabila sebuah pasukan (pemain) yang bagus dan pengurus yang bagus gagal untuk menyerlah dalam tempoh masa yang panjang, salah satu atau kedua-duanya perlu dirombak semula.”

“Bahaya sebenarnya adalah apabila semua orang terbiasa dengan penampilan dan pencapaian yang sederhana lantas menerimanya atau mencari-cari alasan ketika kekalahan,” tambah Kagame lagi.

Kagame merupakan antara individu terkenal yang merupakan penyokong Arsenal selain Fidel Castro dan lain-lain. Arsene Wenger secara peribadi pernah mengutus surat kepada kepada Kagame itu sempena ulang tahun kelahiran presiden itu yang ke-50 pada tahun 2007 dan menyatakan kebanggaan bahawa terdapat pemimpin Afrika yang menyokong Arsenal. Bahkan Wenger pernah menyerahkan sepanduk yang ditandatangani oleh seluruh skuad Arsenal ketika itu dan diserahkan kepada Presiden Kagame.

Sumber : www.uk.eurosport.com

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , . Bookmark the permalink.