[PERSPEKTIF] ARSENAL LEBIH HEBAT DARI MAN CITY – GAZIDIS

Arsenal jauh lebih hebat dari Manchester City menurut dari Ivan Gazidis. CEO Arsenal ini juga mengatakan bahawa seharusnya Manchester City perlu iri hati dengan prestasi Arsenal musim ini. Dalam kedudukan Liga Perdana Inggeris, Arsenal masih lagi berada ditangga kelima liga di mana ‘The Gunners’ ketinggalan 18 mata dari City yang berada dikedudukan pertama.

Namun, Gazidis masih berbangga dengan Arsenal yang masih boleh bertahan dalam pesaingan Liga Juara-Juara Eropah dan Piala FA. Ini lebih baik berbanding dengan skuad kendalian Roberto Mancini yang sudah tersingkir dari dua kejohanan tersebut.

“Kami masih bersaing dalam 3 kejohanan utama pada musim ini. City juga ingin menjadi seperti kami, tapi sayangnya mereka telah tersingkir dalam Piala FA dan Liga Juara-Juara. Jadi, wang bukanlah segalanya dalam bola sepak. Kami melahirkan pemain bintang dan bukan membeli pemain bintang,” sindir Gazidis kepada City seperti dilaporkan oleh Express.co.uk pada 31 Januari 2012.

This entry was posted in Perspektif and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply