[PERPINDAHAN] SHAQUEEL VAN PERSIE BAKAL MENJADI ‘THE GUNNERS’

Arsenal adalah di ambang menandatangani Shaqueel van Persie anak kepada kapten Arsenal yang berusia lima tahun. Berbekalkan bakat semulajadi dan dorongan dari bapanya Robin van Persie, Shaqueel menunjukan minat yang tinggi untuk menjadi seorang pemain bola sepak yag terkenal seperti bapanya suatu hari nanti. Dan Arsene Wenger pula terkenal dengan pendirian mengilap permata muda dan memberi peluang untuk ditonjolkan dalam skuad utama.

Langkah ini juga dilihat sebagai strategi jangkamasa panjang untuk memastikan kapten Arsenal itu terus kekal di Emirates tatkala penyerang prolifik itu menangguhkan perbincangan mengenai kontrak baru sehingga penghujung musim ini meskipun kontraknya cuma berbaki 18 bulan sahaja. Setakat ini, Robin van Persie sedang mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris dengan menjaringkan 18 gol dari 21 perlawanan.

Robin van Persie yang telah menyertai acara amal di No.10, Downing Street malam Isnin lalu berkata “Saya telah mengakui bahawa Shaqueel memiliki bakat besar dalam bola sepak dan terdapat banyak persamaan antara kami berdua.”

“Jurulatihnya juga merupakan seorang bagus. Arsenal juga telah menjemput Shaqueel beberapa kali untuk bermain dan dia menyukai kelab ini. Dia sama seperti saya yang sensitif dengan persekitaran.”

Ketika ini beberapa kelab-kelab terkemuka seperti Man City, Barcelona dan Real Madrid turut memantau situasi van Persie namun dia menyatakan minatnya terhadap Barcelona semasa ditemuramah oleh majalah NUsport.

“Saya yakin anda boleh bermain bola sepak dengan corak permainan yang cantik seperti Barcelona,” katanya. “Bola sepak itu sesuatu yang unik dan menarik untuk disaksikan di mana kita tak dapat untuk melupakannya. Namun, kadang kala mereka juga bergantung kepada kebolehan individu (Messi) dan pemain-pemain yang lain.”

“Tetapi tiada sesiapa yang boleh bermain bola sepak dengan corak permainan cantik sepanjang masa. Itulah yang saya sering katakan kepada rakan-rakan di Arsenal. Dan apabila ia tidak berjalan dengan lancar, ianya cuma membunuh perlawanan.”

This entry was posted in Perpindahan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply