[KOMENTAR] BAHANG KEHANGATAN BPL KIAN TERASA

Masih terlalu awal untuk mencongak pasukan manakah yang akan merangkul gelaran juara Liga Perdana Inggeris Barclays (BPL) kerana dilihat tiga pasukan teratas masih mempunyai peluang yang hampir sama berikutan jurang mata yang tidak begitu ketara.

Namun, harus diingatkan bahawa pasukan gergasi seperti Chelsea dan Arsenal turut mempunyai peluang yang sama untuk merangkul gelaran itu walaupun jurang mata agak besar namun dalam bola sepak apa kemungkinan boleh terjadi. Meskipun ketika ini, Manchester City masih memimpin takhta liga dengan perbezaan 3 mata di depan pencabarnya yang juga jiran setempat iaitu The Red Devils.

Walaupun begitu, cabaran musim ini tampak lebih mencabar berbanding musim-musim sebelumnya kerana beberapa pasukan kerdil mampu menandingi malah dilihat mampu mengalahkan pasukan gergasi lain.

Dalam istilah lain, cabaran liga pada musim ini lebih kompetatif dan terbuka namun yang membezakan mereka hanyalah konsistensi permainan dan tidak harus dilupakan ‘luck’ atau nasib sesebuah pasukan.

Dengan 17 perlawanan berbaki, semua pasukan mampu melakukan kejutan dan lebih utama melayakkan pasukan mereka untuk bertanding dalam Liga Juara-juara Eropah.

Tidak ketinggalan, ‘The Giant Killer’ seperti beberapa pasukan kerdil termasuk Swansea, Stoke City, Newcastle United dan Sunderland mungkin sedikit sebanyak akan menghalang  hajat beberapa pasukan gergasi lain untuk mengukuhkan kedudukan mereka menjelang tamat musim ini.

Bukan itu saja, pasukan yang lebih mengecewakan seperti Liverpool seperti tidak bermaya untuk mengharungi liga musim ini dengan hanya menduduki tangga ketujuh walaupun jarak mata dengan tiga pasukan lain hanya dipisahkan antara satu hingga tiga mata saja. Semua itu hanya ramalan saja dan juara BPL 2011/2012 bakal ditentukan baki 16 perlawanan.

*Penulis merupakan seorang wartawan sebuah akhbar harian popular di Malaysia.

This entry was posted in Komentar and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply