[INFO] TROFI ISTIMEWA UNTUK ‘THE INVINCIBLES’

Liga Perdana Inggeris telah menganugerahkan ‘one-off’ trofi sebagai mengiktiraf pencapaian Arsenal yang memenangi liga dengan rekod tanpa kalah sepanjang musim. Trofi ini merupakan replika trofi asal Liga Perdana Inggeris yang dijulang oleh Arsenal pada Sabtu lalu (15 Mei 2004) tetapi mengantikan material asal dengan emas berbanding dengan trofi asal yang diperbuat daripada perak.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Perdana Inggeris, Richard Scudamore berkata, “Anugerah ini mengambil sedikit masa untuk dipertimbangkan di mana barisan Lembaga Liga Perdana Inggeris merasakan ianya terlalu awal sebelum perlawanan terakhir, Arsenal menentang Leicester City.”

“Pencapaian Arsenal luar biasa ini yang menjulang kejuaraan dengan rekod satu musim tanpa kalah berasaskan kualiti bola sepak berkualiti tinggi yang diterajui oleh beberapa pemain terbaik berkelas dunia yang memiliki gabungan minat dan komitmen berjaya menjadikan Liga Perdana Inggeris sebagai antara liga yang diminati di seluruh dunia.”

Incoming search terms:

  • trofi epl
This entry was posted in Informasi and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply