[BERITA] CARDIFF CITY MINAT NAZMI FAIZ MANSOR

Cardiff City dilaporkan bersedia untuk mengukuhkan hubungan dengan Malaysia apabila berhasrat untuk membawa pemain muda sensasi Asia ke ibu negara Wales untuk menjalani tempoh percubaan selama setahun. Pengurus Cardiff, Malky Malkay telah mengadakan perbincangan untuk membawa pemain Harimau Muda, Nazmi Faiz Mansor berusia 17 tahun ke Cardiff City bagi mengembangkan lagi bakatnya bermain bola sepak.

Menurut Wales Online, Malkay telah berada di Malaysia dengan inisiatif untuk menguatkan ikatan antara negara dan pasukan Bluebirds itu digelar 1 Malaysia Cardiff City. Pengerusinya, Dato Chan Tien Ghee yang berasal Malaysia sangat gembira dalam usaha untuk mendekatkan lagi hubungan antara Malaysia dengan kelab Cardiff City itu.

Ironinya, Nazmi Faiz yang merupakan pemain paling muda yang beraksi dalam skuad emas Sukan Sea 2011 dan skuad kelayakan Olimpik kini mempunya 12 bulan untuk menyerlahkan bakat dan mengembangkan karier dibawah kendalian Malkay. Pengurus Cardiff itu percaya bahawa beberapa pemain muda berbakat di Malaysia dapat memberi impak positif kepada kelab bimbingannya. Namun perbincangan untuk membawa Nazmi Faiz ke Wales masih lagi berjalan.

SAFEE SALI DAN SAFIQ RAHIM GAGAL KE CARDIFF CITY

Di sebalik berita gembira yang diterima oleh skuad Harimau Muda, namun khabar kurang baik diterima oleh tonggak skuad negara – Safee Sali dan Safiq Rahim – tidak diterima untuk mewakili kelab Cardiff City.

Faktor usia dan isu permit kerja menjadi batu penghalang impian tonggak kebangsaan itu untuk beraksi di Liga Kejuaraan Inggeris di mana pihak pengurusan lebih berminat untuk memberi lebih peluang buat pemain muda tanah air menguji bakat bersama pasukan tersebut.

“Sememangnya pemergian kedua-dua pemain itu dapat membantu kualiti dan meningkatkan imej bola sepak negara tapi sekarang kita perlu memberikan peluang kepada pemain lebih muda. Bukan mereka (Safee dan Safiq) saja pemain berbakat yang kita ada tapi kita masih ada ramai pemain muda berbakat antaranya Khairul Fahmi Che Mat dan Muhammad Fadhli Shas yang turut terpilih dalam kesebelasan utama skuad bawah 23 tahun terbaik di Asia.”

“Kita perlu memberi lebih ruang kepada pemain muda berbakat yang kita ada dengan corak permainan berkualiti tinggi seperti yang diperoleh Safee dan Safiq,” kata pengurus skuad kebangsaan, Datuk Seri Subahan Kamal di Majlis Pelancaran Logo 1 Malaysia Cardiff City (1MCC) di Bukit Kiara Equestrian, semalam.

Hujung tahun lalu Safee Sali dan Safiq Rahim terpilih menjalani sesi latihan ujian bersama kelab yang berpangkalan di selatan Wales itu namun sehingga kini peluang mereka untuk menyarung jersi ‘The Bluebirds‘ masih menjadi teka-teki.

Sementara itu, pemilik Cardiff City, Datuk Chan Tien Ghee berkata pemergian Safee dan Safiq menjalani latihan bersama Cardiff City perlu dilihat daripada sudut positif sebagai pendedahan kepada pemain tempatan.

This entry was posted in Berita and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply