[CORETAN] MERTESAKER MEMINATI ARSENAL SEJAK BERUSIA 11 TAHUN

Per Mertesacker anak kelahiran Hannover, Jerman Barat mula meminati Arsenal sejak berusia 11 tahun lagi. Tatkala pemain kebangsaan Jerman berketinggian 1.96m telah menyertai Arsenal pada 31 Ogos 2011 dari Werder Bremen dengan yuran perpindahan dianggarkan bernilai £10 juta adalah didorong oleh kisah zaman remajanya. Baru-baru ini, Mertesacker telah memuat naik gambarnya memakai jersi Arsenal di laman sosial Facebooknya.

“Semasa remaja, saya telah melawat ibu saudara di England dan sebagai seorang yang sangat gila tentang bola sepak saya telah membawa pulang bersama jersi bola sepak. Dan saya tidak tahu mengapa tetapi saya telah membawa pulang jersi Arsenal dan abang saya memilih jersi Man United.”

“Pertalian ini terus berkembang lebih 10 tahun dan kini segalanya telah bersatu dan kerana itu saya benar-benar gembira dapat bermain dengan pasukan yang saya sokong serta ingin selalu membuat penampilan bersama Arsenal,” akui Mertescker setelah menyertai Arsenal.

Walau bagaimanapun, bukan Per Mertesacker seorang saja pemain Arsenal yang telah bergambar memakai baju merah dan putih semasa zaman remaja malah kapten Arsenal Robin van Persie juga telah menunjukan sokongan terhadap Arsenal dalam gambar semasa zaman persekolahannya.

This entry was posted in Coretan and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply