[COPA DEL REY] BARCELONA SINGKIRKAN REAL MADRID DI SUKU AKHIR

Barcelona dilihat mempunyai kelebihan selaku tuan rumah dan bekalan 2-1 dari Santiago Bernabeu minggu lalu hasil jaringan Carles Puyol pada minit 49 dan Eric Abidal pada minit 77 sekaligus memadam jaringan awal oleh Cristiano Ronaldo pada minit ke-11. Dalam pertembungan El Clásico ini, kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik mereka bagi mencari slot ke peringkat separuh akhir Copa Del Rey musim ini.

Sebaik perlawanan dimulakan, Real Madrid terlebih dahulu mengasak kubu Barca dan nyaris memperolehi gol pendahuluan apabila kesilapan Dani Alves yang membuat hantaran ke belakang  disambar oleh Higuan tetapi penyudahnya tersasar. Real Madrid terus cuba memburu gol apabila Mesut Ozil bijak melakukan larian dan melepaskan satu sepakan kaki kiri yang cantik dari jarak 25m pada minit ke-25 namun palang gol menjadi penghalang tatkala Pinto sudah tertewas. Jurulatih Barca, Pep Gurdiola memasukan Pedro bagi mengantikan Iniesta ekoran masalah kecederaanya pada minit ke-30.

Bermula dari satu gerakan solo Messi pada minit ke 43 yang berjaya mengelecek beberapa pertahanan Real Madrid sebelum membuat hantaran kepada Pedro dan disudahkan dengan gol pertama perlawanan buat Barca. Dua minit berselang Lassana Diarra terselamat dari dilayangkan kad kuning kedua apabila melakukan terjahan lambat ke atas Messi.

Ketika masa kecederaan separuh masa pertama, Barca mengandakan jaringan apabila sepakan percuma dari sebelah kiri terbias dan pantas disambar oleh Dani Alves yang melakukan rembatan kaki kanan yang kencang tepat menuju ke pepenjuru kiri gawang Real Madrid. Ketinggalan dengan aggregate 4-1 tidak mematahkan semangat skuad The Galaticos untuk bangkit. Pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos berjaya menjaringkan gol menerusi tandukan minit ke-53 namun dibatalkan kerana dia terlebih dahulu dikesan melakukan kekasaran ke atas Alves.

Namun akhirnya pada minit ke-68, bermula dari hantaran cantik Ozil ke sebelah kanan bijak disambar oleh Ronaldo yang berjaya menemui sentuhan golnya. Real terus garang memburu gol apabila pemain gantian, Karim Benzema berjaya memperdaya Puyol sebelum melepaskan rembatan ke penjuru kiri gol Barca 4 minit kemudian.

Meskipun Real Madrid terus mengasak untuk memburu satu lagi gol, namun situasi menjadi semakin sukar apabila Ramos dilayang kad kuning kedua pada minit ke-88. Dan segalanya tampak sudah terlambat untuk Real bagi menghalang kemaraan Barcelona ke separuh akhir Copa Del Rey dengan aggregate 4-3.

Incoming search terms:

  • jadual copa del rey 2013
This entry was posted in La Liga and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply