[BULETIN] ROBIN VAN PERSIE TERLEPAS HUKUMAN

Robin van Persie terlepas dari hukuman oleh FA terhadap insiden dituduh sengaja menyiku muka pertahanan Aston Villa, Carlos Cuellar semasa perlawanan pusingan keempat Piala FA menyaksikan Arsenal bangkit dari ketinggalan 2-0 sebelum menang 3-2 ke atas Villa di Emirates kelmarin.

Pengurus Aston Villa, Alex McLeish mengecam van Persie dan mendesak agar FA Inggeris mengambil tindakan ke atas kapten Arsenal itu. Tetapi menurut kenyataan FA : “Pengadil perlawanan, Michael Jones mengesahkan beliau melihat insiden yang melibatkan Robin van Persie dan oleh itu, Arsenal tidak akan berhadapan tindakan selanjutnya.”

Walau bagaimanapun, Cuellar, 30 menegaskan bahawa van Persie seharusnya dibuang padang kerana insiden tersebut. “Kami selaku pemain professional dan saya tak fikir insiden itu tidak disengajakan. Imej-imej jelas menunjukan dia (van Persie) telah menyiku saya,” kata Cuellar semalam.

“Saya yakin sepatutnya Robin van Persie dilayangkan kad merah. Tetapi mungkin pengadil tidak dapat melihat dengan jelas, tetapi kebiasaanya insiden itu dilayangkan kad merah,” kata Cuellar lagi.

Cuellar juga mendedahkan tentang kemarahan McLeish yang menyelar dua sepakan penalti yang diambil oleh van Persie yang membolehkan ‘The Gunners’ menang 3-2 ke atas Villa.

INFO : Robin van Persie telah menjaringkan 25 gol dalam 29 penampilan bersama Arsenal sepanjang musim ini.

This entry was posted in Buletin and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply