[ARTIKEL] 10 STADIUM TERMAHAL DI DUNIA

Dalam dunia sukan, stadium adalah elemen yang sangat penting sebagai mercu tanda dan simbol kemegahan. Sesetengah pasukan ataupun kelab sanggup membelanjakan wang beratus juta hanya untuk membina sebuah stadium yang besar dan megah kerana dengan stadium yang besar dapat menampung jumlah penonton  yang ramai secara tidak langsung memberikan implikasi positif untuk kelab dari segi kedua-dua aspek teknikal dan kewangan. Untuk pengetahuan semua pembaca Arsenal4u.com, Stadium Emirates telah disenaraikan sebagai stadium ke-6 termahal di dunia.

10. Stadium ANZ – Sydney, Australia ($ 624 juta)

Stadium ANZ dikenali sebagai Telstra Stadium, ialah sebuah stadium serbaguna yang terletak di Sydney Olimpik Park, Homebush Bay. Stadium ini berkapasiti  82,500 penonton telah dibina pada Mac 1999. Stadium pernah menganjurkan beberapa acara sukan bertaraf dunia antaranya upacara pembukaan dan penutupan Sukan Olimpik Sydney 2000, Piala Dunia Ragbi pada 2003 serta grand-final Liga Ragbi Kebangsaan pada setiap tahun.

9. Safeco Field – Seattle, USA ($ 656 juta)

Safeco Field terletak di Seattle, Washington merupakan stadium besbol dengan bumbung yang boleh dibuka. Stadium ini telah dibuka secara rasminya pada 15 Julai 2009 dan boleh memuatkan seramai 47,878 penonton dalam satu-satu masa adalah gelanggang tuan rumah bagi kelab Seattle Mariners Major League Baseball (MLB), yang dimiliki dan diuruskan oleh pihak berkuasa Stadium Negara Washington-King.

8. Stadium Lucas Oil – Indianapolis, USA ($ 675 juta)

Stadium Lucas Oil merupakan lokasi utama untuk konvensyen, pameran perdagangan dan perlawanan bola keranjang NCAA terletak di Downtown Indianapolis, Indiana. Stadium ini telah mula digunakan pada 18 Ogos 2008 berkapasiti hampir 70,000 penonton. Stadium ini juga memiliki bumbung yang fleksible yang boleh dibuka dan ditutup dalam tempoh sembilan minit sangat sesuai untuk kedua-dua acara terbuka dan tertutup.

7. Soldier Field – Chicago, USA ($ 714 juta)

Soldier-Field-ChicagoSoldier Field terletak di Chicago berdekatan dengan di Tasik Shore Drive, merupakan gelanggang tuan rumah bagi Chicago Bears NFL. Stadium ini mula beroperasi pada 9 Oktober 1924 yang berkapasiti  61,500 penonton merupakan stadium paling kecil dalam NFL apabila Indianapolis Colts berpindah dari RCA Dome ke Stadium Lucas Oil pada 2008.

6. Emirates Stadium – London, England ($ 770 juta)

Stadium Emirates atau nama asalnya Ashburton Grove telah dibuka secara rasminya pada 22 Julai 2006 bagi mengantikan Stadium Highbury. Stadium ini merupakan gelanggang tuan rumah bagi kelab bola sepak Arsenal bola sepak yang terletak di Holloway, London yang boleh memuatkan 60,353 penonton dalam satu-satu masa. Stadium ini merupakan stadium bola sepak kedua terbesar di England selepas Old Trafford dimiliki sepenuhnya oleh Arsenal FC.

5. Rogers Center – Toronto, Canada ( $ 930 juta)

Stadium ini dahulunya dikenali sebagai Skydome telah dijenamakan semula sebagai ‘Rogers Centre’ berikutan pembelian stadium oleh Rogers Communications yang mana juga memiliki Toronto Blue Jays pada 2005. Stadium boleh memuatkan sebanyak 69,000 penonton dalam satu-satu masa sering kali digunakan untuk pelbagai acara seperti pameran-pameran perdagangan, konsert-konsert, konvensyen-konvensyen, pesta ria dan persembahan trak raksasa. Stadium ini dibuka secara rasminya pada 3 Jun 1989 merupakan gelanggang tuan rumah dalam ‘Major League Baseball’.

4. State de France – Paris, France ( $ 974 juta)

Stade de France adalah stadium kebangsaan Perancis, bertempat di pinggir bandar Paris Saint-Denis. Stadium ini merupakan gelanggang rasmi bagi skuad bola sepak dan ragbi Perancis dikendalikan oleh Konsortium Stade de France, namun digunakan juga untuk konsert muzik dan pelbagai acara-acara sukan lain. Stadium berkapasiti 80,000 penonton ini merupakan stadium ke-5 terbesar di Eropah telah dibuka secara rasminya pada 20 Januari 1998.

3. Madison Square Garden – New York, USA ($ 1.1 billion)

Madison Square Garden ialah arena ketiga paling sibuk di dunia dari segi jualan tiket selepas Arena M.E.N, Manchester dan Arena O2, London. Ia merupakan sebuah arena dalaman yang serbaguna, dan terletak di 8th Avenue, Manhattan, New York yang boleh memuatkan penonton seramai 20,000 orang dalam satu-satu masa telah mula digunakan pada 11 Februari 1968.

2. Stadium Olimpik – Montreal, Canada ($ 1.4 billion)

Stadium Olimpik ini merupakan sebuah stadium serbaguna terletak di daerah Hochelaga-Maisonnevenue, Montreal. Ia tidak mempunyai pemilik utama, di samping sejarah masalah kewangan dan strukturnya, pada keseluruhannya ia hanya kelihatan seperti projek ‘gajah putih’. Stadium ini telah dibina sebagai stadium utama bagi Sukan Olimpik 1976 merupakan stadium terbesar di Kanada yang boleh memuatkan hampir 77,000 penonton bergantung kepada jenis acara yang dilangsungkan.

1. Stadium Wembley – London, England ($ 1.5 billion)

Stadium Wembley adalah stadium bola sepak yang terletak di Wembley Park yang mana pernah menempatkan stadium sebelumnya pada 1923. Stadium ini merupakan yang kedua terbesar di Eropah dan menjadi stadium kebangsaan England yang memiliki kapasiti 90,000 penonton. Stadium ini dimiliki sepenuhnya oleh FA England merupakan sebuah stadium yang mempunyai bumbung yang boleh ditarik keluar. Stadium Wembley ini telah dibina semula di atas tapak asalnya pada tahun 2003 dan siap sepenuhnya pada 9 Mac 2007.

Dikemaskini pada 31 Januari 2012

Incoming search terms:

  • stadium terbesar di dunia
  • lucas oil stadium
  • stadium terkecil di dunia
  • stadium terbesar di eropah
  • stadium bola sepak tercantik di dunia
  • stadium tercantik di malaysia 2016
  • padang bola sepak tercantik di dunia
  • padang bola paling bagus di dunia
  • Top 10 stadium tercantik
  • stadium tercantik di malaysia 2015
This entry was posted in Artikel and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply